Social Icons

Pages

Saturday, January 26, 2013

ISU KALIMAH ALLAH !!! ANWAR IBRAHIM U TURN 360 DARJAH DAN KATA PAS SETUJU ??? APA CERITA NI ???


Portal media,selangorku.com melaporkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan baru iaitu Majlis Syura Pas telah bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible tetapi dengan beberapa syarat tertentu.

“Majlis Syura (Pas) juga memutuskan bahawa penggunaan itu dibenarkan namun melalui beberapa syarat yang diperincikan. “Perkara tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bersama sebelum itu, namun jelas ia tetap berlandaskan kepada pendirian yang sama,” tegas Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi,lapor selangorku.com.

Dengan tajuk “Anwar : Parti Komponen PR Sehaluan Dalam Isu Kalimah Allah” portal Selangorku.com yang merupakan media rasmi kerajaan Selangor melaporkan Ketua Umum PKR hari ini bertegas bahawa tiada perbezaan pandangan dalam isu kalimah Allah di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan parti komponen PAS. Jelas Anwar, pendirian yang diumumkan PR adalah berdasarkan kepada keputusan yang dicapai bersama dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Ini merupakan kenyataan kedua Anwar menjawab isu Majlis Syura Pas selepas kenyataan pertamanya pada 23 Januari lalu.Namun begitu,kenyataan Anwar yang mendakwa Majlis Syura Pas ‘membenarkan’ jauh tersasar daripada keputusan sebenar sayap tertinggi parti Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari itu. Dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Dr Haron Din parti itu menolak sama sekali kalimah Allah digunakan untuk menterjemahkan ‘God’ atau ‘Lord’ dalam Bible versi bahasa Melayu. - AIDC

Berikut disertakan lampiran lengkap kenyataan media itu :



Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut : 

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam.Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. 

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu,menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna,tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. 

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am,Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3. 

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia 

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din 
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

MANA 1 YANG BETUL NI ???

ANWAR IBRAHIM ATAU PAS ???

RENUNG-RENUNGKAN 

6 comments:

Anonymous said...

sultan selangor dh bertitah kata psl ni,tapi dia wat cm xde jer...come on la,skng ni sape yg berkuasa sebenarnya...benda cmni kalau di biar kan,melalut nanti... anwar tu dh rasa mcm dia paling bkuasa dh tu...tolong laaaa

Anonymous said...

Di pendekkan cerita lah. PAS sebenarnya telah di liwat oleh PKR sekali lagi...... Silap2 UMNO juga di persalahkan.

usin said...

tolong! tolong! anwar dh gila...

Anonymous said...

Anwar dah gila...mana-mana yang menyokong dia lagi gila. Biasalah orang gila mana tau nak bezakan baik atau buruk. Hitam atau putih. Parti Mata Syaitan (PKR) atau Bulan (PAS).

Anonymous said...

SEMUA ORANG DAH GILA SEKARANG. Yang paling giler = ANWAR. Kedua Nik Aziz - apa dalam otak dia cuma dia sorang yang faham. Ketiga Menteri Ugama Kerajaan = Masih tak nampakkah Ustaz Don hari2 kempen PAS dalam 114. Hari2 angkat Harun Din. Telah banyak TV Kerajaan promosikan dan famouskan bakat PAS. Mula muncul look inocense, bila terasa ada nama sikit mula komen2. Lepas itu hentam2

MOHD TAIB said...

https://www.facebook.com/AkuStressdotcom/posts/566819066681484

 
 
Blogger Templates