Social Icons

Pages

Friday, February 22, 2013

EKSLUSIF !!! SAH !!! PR DI AMBANG PERPECAHAN MENJELANG PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!


Retak menanti belah,itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan PR sekarang.Walaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak,PR tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR,Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.sebelum itu saya ceritakan sedikit berkenaan putrajaya.dulu PR berkata putrajaya akan dilelong,sekarang nak sangat putrajaya dan menjilat balik ludah yang di buang.kenapa nak sangat menuju putrajaya yer ??? saya sambung balik,Konflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.Namun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam PR hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar. 

Bermula dengan konflik mengenai isu negara Islam antara Pas dan seteru politik lamanya,Dap,perkelahian dua parti itu kini sudah melebar kepada isu kalimah ALLAH dan siapa calon Perdana Menteri yang disokong.PKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai ‘simen’ kepada Pas dan Dap dalam PR tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.Apapun Anwar sentiasa menyebelahi Dap kerana parti itu menyokong anwar untuk menjadi Perdana Menteri sementara Pas mahukan presidennya,Abdul Hadi Awang.Di Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila PR mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.Berdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi. Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya. 

Terkini,PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuatnta Dap di negeri Johor.PR meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.PKR,Dap dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing kerana memikirkan Johor akan tumbang kepada mereka.Pergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.Ini menyebabkan Setiausaha Agung Dap,Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.Beliau sedar perbalahan seperti sama sekali tidak akan menguntungkan PR malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.Konflik dalaman PR di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor,Dr Boo Cheng Hau mendakwa Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti. 

Pengerusi Kebangsaan Dap,Karpal Singh pula menambah garam ke luka apabila dilihat menyokong tuduhan Dr Boo terhadap rakan dalam PR dan mahukan satu siasatan dijalankan.Apa yang berlaku kepada PR kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR,Pas dan Dap.Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain seperti insiden Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mansor Othman yang menggelar bosnya sebagai tokong,angkuh,bongkak serta gilakan kuasa.Ketiga-tiga parti juga mempunyai sifat tamak yang keterlaluan dan tidak mampu mengikat kerjasama politik yang sejati seperti BN.Setiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar PR dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.Hakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat,impian PR untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Salam Perjuangan..
TOLONG JANGAN LEKA DAN SELESA.. PUTRAJAYA BELUM SELAMAT LAGI!!


Jgn fikir soal ramalan akan menang, itu sbg 'sweetener' psywar supaya jentera UMNO BN leka, syok sndiri dan mula lalai. Anggaplah kita akan hadapi perperangan besar, battle ship.. direction mesti tepat, must GO AHEAD!!

Jgn lihat godaan di kiri kanan..

Musuh yg amat dahsyat sedang tunggu utk menghancurkan kita. PR anggap inilah peluang terbaik mereka utk habis2an tumbangkan UMNO BN. Anwar sudh caturkan ini peluang akhir utk dia jd PM!! Mereka akan buat apa shj, gunakan taktik paling kotor dr luar negara utk musnahkan UMNO (mereka tk kisah sgt dgn MIC MCA, itu senang urus)

PR akan pakai semua perkakas yg ada dlm kerajaan jika mereka menang (minta Allah jauhkan) utk balas dendam pd pemimpin UMNO BN.. terutama Tun M, DS Najib, Rosmah dan penentang2 Anwar.

Misi balas dendam ini dikhabarkan sgt mengerikan, dn Polis, ATM akan diperkudakan sepenuhnya utk capai cita2 ZALIM Anwar ini..

Kita tiada pilihan melainkan sepenuh jiwa raga mempertahankan PUTRAJAYA seterusnya mengembalikan 2/3.

DS Najib sudah lakukan yg terbaik dan bermacam2, jgn last minute ini ada yg jd dalang pengkhianat utk sebarkan fitnah buruk pd DS Najib/Rosmah dr DALAM JENTERA UMNO SENDIRI (aku sudah hidu maklumat)!! Terpulang kpd kita utk fikir pakai otak atau kepala lutut.. Skrg we MUST ALL OUT with FULL THROTTLE!!
(PAS yg korok miskin pn sudah ada treler propaganda.. UMNO masih pakai cara lama, khemah knduri??!)

Skrg masa bkn bermain2 lg.. bukan masa utk buat lawak.. be serious, tingkatkan motivasi dan smgt juang utk jentera BN!!

Jgn lupa sbg hamba Allah, kita yg Melayu Islam tetapkan DOA dan SOLAT di hari2 genting ini utk panjatkan pertolongan ALLAH TA'ALA..

Sebaik2nya UMNO Pusat anjurkan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat mohon kemenangan dan jauhi malapetaka..

skdr ingatan dr rakyat biasa yg tiada apa2 jawatan..

SEMOGA UMNO BN MENDAPAT KEMENANGAN PRU13 2/3..AMIINN!!

Anonymous said...

Jangan percaya gimik politik PR je tu supaya BN leka dan syok sendiri tu.

 
 
Blogger Templates