Keengganan 400 orang dari Sulu untuk meninggalkan Sabah walaupun sebelum itu telah bersetuju untuk berbuat demikian menimbulkan tandatanya.Apatah lagi apabila ada desas desus yang menyatakan wujudnya komunikasi antara pihak Sultan Jamalul Kiram dengan pihak pembangkang Malaysia dalam tempoh masa pihak Sulu menukar fikiran itu.Bagaimanapun,setelah dikepung dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa,kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu (ADKS),nampaknya mula berlembut sedikit dan menyatakan ingin berjumpa dengan personaliti tertentu yang namanya kini dirahsiakan,sebagai syarat untuk pulang ke Filipina.Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Hamza Taib berkata,pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.ADKS sebelum ini juga telah menafikan bahawa mereka memasuki Malaysia dengan membawa senjata,tetapi pihak berkuasa Malaysia mengesahkan terdapat paling kurang 80-100 orang yang bersenjata.Alasan pihak ini untuk berada di Malaysia adalah kerana pihak kesultanan Sulu mereka telah ‘ketinggalan’ dalam penyelesaian damai di Selatan Filipina dan kini bertegas untuk menuntut hak ke atas Sabah dengan menggariskan wilayah autonomi.
Sebelum ini,pergerakan keluar masuk pihak Sulu di Sabah diberi kelonggaran,atas kepercayaan dan persefahaman bahawa mereka tidak akan mengganggu keamanan, undang-undang dan rutin seharian masyarakat setempat.Keadaan ini berlangsung tanpa masalah,sehinggalah akhir-akhir ini.Justeru,kerana itulah saya meragui tindakan pihak Sulu akhir-akhir ini,apatah lagi di ambang Pilihanraya,di mana Sabah adalah antara sasaran utama pembangkang untuk mengukuhkan kedudukan mereka.Kesungguhan Anwar Ibrahim berkempen di Sabah yang merangkumi perjumpaan-perjumpaan sulit dengan beberapa pihak juga menyumbang kepada segala kemungkinan ini.Bukan rahsia bahawa Anwar sudah tidak tertahan-tahan lagi untuk berkuasa dan telah serta sanggup melakukan apa saja.Kecenderungan beliau ke arah keganasan dan huru-hara juga sudah menjadi pengetahuan umum kerana sering membangkitkan semangat Arab Spring dan Dataran Tahrir.Pertumpahan darah bukanlah masalah bagi Anwar,malah sesuatu yang diharapkan,kerana itulah satu-satunya cara untuk menggoyahkan kedudukan Barisan Nasional.
Mempergunakan pihak lain,termasuk sahabat handai sendiri, bagi mencapai tujuannya bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar.
Jika Anwar sanggup mempergunakan atau memperjudikan tanah air dan nyawa penyokong dan sahabatnya,maka apalah sangat sebuah kawasan di Sabah digadaikan sebagai wilayah autonomi Sulu dan apalah sangat nyawa tentera dari kedua-dua belah pihak baginya.Asalkan yang menjadi pertaruhan bukanlah nyawanya,maka Anwar sedia meneroka apa jua peluang yang ada, untuk berkuasa.Kerana itu,kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar dalam kekecohan yang ditimbulkan oleh pihak Sulu.Dengan dana sebanyak RM2 billion untuk pilihanraya,Anwar boleh membeli apa dan siapa saja termasuk menjanjikan bonus sekiranya beliau menang pilihanraya.Bagaimanapun,saya yakin kepimpinan Malaysia mampu mengawal keadaan dan memastikan keamanan.Malaysia boleh saja menggunakan undang-undang yang ada,menghalau dan menembak sahaja penceroboh yang bersenjata kerana mempunyai niat yang merugikan negara ini dan hakikatnya,itulah yang sebenarnya yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim.
Tetapi rakyat malaysia tidak wajar merasa bimbang kerana kerajaan Malaysia tidak begitu ‘teruja’ untuk memenuhi harapan Anwar tersebut.Sekiranya benar adanya perjanjian antara Anwar dengan pihak Sulu,maka pihak Sulu wajar memahami bahawa Anwar tidak pernah memikirkan kepentingan mereka,tetapi hanya ingin mempergunakan dengan mempertaruhkan nyawa mereka untuk kepentingan dirinya.Untuk pengetahuan pihak kesultanan Sulu,Anwar adalah manusia yang tidak pernah menepati janji.Malah beliau cukup fobia dengan slogan kemerdekaan BN yang lalu,iaitu ‘Janji Ditepati’ kerana sedar ia kena tepat di batang hidungnya.Bukti Anwar tidak menepati janji juga bersepah,dari janji-janji manifesto negeri-negeri PR yang sebahagiannya boleh juga ditonton di Youtube di mana beliau dengan selamba memungkiri janji dengan penduduk Kampung Pokok Assam dan juga penduduk di flat Padang Kota.Jangan nanti,Anwar tak menang pilihanraya sedangkan ada puak Sulu yang kehilangan nyawa bertempur dengan tentera Malaysia Atau boleh juga jadi begini,iaitu : Anwar menang pilihanraya,puak Sulu tetap kehilangan nyawa akibat bertempur dengan tentera Malaysia,tetapi wilayah autonomi tetap tidak diberi juga….
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
kena ambik org tgh. nanti kita tak akan disalahkan kalau jd apa2.
leps ni jaga perairan negara elok2. yg mana ada dua warganegara tu, ambik tindakan segera.
jgn ada lg kelongggran. diaorang dah naik lemak
Tentera...polis marin....pga.....
Jgn buat kerja dlm tido......
Bagi Allah swt semuanya mudah....semudah .22 caliber je .....
Patut la ada A-Team dgn background sharpshooter dgn .35 untok main Big Game...
Rupa2nya Ketakutan telah tiba....
Pandai2 korang la....sendiri gali sendiri timbus...
Gua mau tido la....
Post a Comment