Social Icons

Pages

Sunday, February 24, 2013

HOT VIDEO !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! NORMAN TOHA MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


Pas didakwa menggunakan strategi ‘golok mata dua’ dalam menangani isu kalimah Allah,iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok PR yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak ahli parti dan Pakatan.Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor,Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari,membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain,ketika bersidang bersama Pakatan,namun pada 13 Januari,ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya. 

“Kenyataan bersama Pas,bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.Saya lihat di situ ada dua keadaan.Pas,orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas,mereka mengatakan ‘TIDAK BOLEH’.Tetapi Pas bersama orang-orang PR,DAP dan PKR,mereka kata ‘BOLEH’.Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas.Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,”katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi. - AIDC 

LIHAT VIDEO DI BAWAH 

 

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

iban said...

kalau pembangkang menegaskan negara2 lain tidak punya halangan bukan islam gunapakai kalimah Allal dalam kitab2 bahasa melayu mereka, mereka pura2 tidak sedar yang melayu dimalaysia meengikut perlembagaan mistilah berugama islam, satu keunikan diantara yg terdapat dimalaysia. kepada orang melayu amnya, Allah itu islam secara mudahnya. Bagi orang kristen mereka digalakan pakai bible dari indonesi saja saperti yang dilakukan mereka sahingga ini. Jelas hasrat mereka mahu mengelirukan orang2 melayu amnya saperti yg berleluasa berhasil di indonesia.

 
 
Blogger Templates