Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat PAS dan jentera propagandanya.Selama ini, PAS cukup terkenal dengan penjelajahan dan ‘pendakwahan’ menggunakan jentera-jentera buruk atau lebih tepat lagi digelarkan ‘tentera Hi-Ace’,sekarang ini PAS semenjak berkawan dengan PKR dan DAP,sudah mampu menyaingi kecanggihan kenderaan-kenderaan kempen yang digunakan oleh parti-parti saingan dan sekutunya.PAS juga kini sudah mempunyai sebuah treler !!!
Treler PAS telah dilancarkan secara rasmi di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut hari ini.Menurut ceritanya,harga treler tersebut tersangat murah dan sangat sukar diperolehi di mana-mana tempat jualan kenderaan sekalipun,kecuali kalau dibeli oleh orang PAS.Bagaimanapun berdasarkan kepada harga keseluruhan treler tersebut,ianya tidaklah semurah sebagaimana yang dikatakan oleh Mat Sabu.Sebabnya,harga ‘kosong’ adalah lebih kurang RM150,000 dicampur pula dengan kos pengubahsuaian dan cat berjumlah RM150,000 menjadikan harga kenderaan tersebut kepada RM300,000.Harga RM300,000 adalah harga biasa bagi sebuah treler dan tidak ada murahnya pun !!!
Treler PAS itu mampu menampung berat sebanyak 40 tan dan dilengkapi dengan wi-fi,PA system dan janakuasa elektrik yang tersendiri.Juga terdapat sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki pada treler berkenaan.Perasmian dilakukan oleh Presiden parti,Abdul Hadi Awang jam 1:30 tengah hari tadi di hadapan Ibu Pejabat PAS,Jalan Raja Laut.Menurut Mat Sabu,treler tersebut tidak dibeli oleh PAS sebaliknya telah dihadiahkan oleh seorang HAMBA ALLAH selain dicampur dengan hasil derma ahli-ahli PAS.Itu sahajalah temberang yang mampu Mat Sabu berikan. Tak habis-habis hendak berselindung dengan derma dan keikhlasan penyokong-penyokongnya.Itu pun setelah segala derma yang dikutip oleh PAS mulai dipersoalkan,terutama sekali membabitkan Wang Derma Tabung Memali !!!
Baru sekarang ini,PAS berani bercakap tentang perbelanjaan menggunakan wang derma walaupun sudah berpuluh-puluh tahun hidup mewah kaum pemimpinnya adalah kerana wang derma ahli-ahlinya yang tolol.
NAK TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG HADIAHKAN TRELER ITU ???
UNTUK SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment