Social Icons

Pages

Monday, March 25, 2013

KANTOI !!! TUJUH DOSA BESAR !!! SUBKY LATIF MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???


Saya merujuk tulisan Subky Latif di dalam Harakah Daily bertarikh 21.03.2013 bertajuk “Tujuh Dosa Besar Kedua”.Di dalam artikel ini,Subky Latif cuba mengaitkan parti pemerintah dengan “tujuh dosa besar” sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis.Tindakan Subky ini adalah sebagai respon beliau terhadap ucapan YAB PM yang menyatakan ada tujuh dosa besar yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan terhadap rakyat negeri itu.YAB PM tidak pernah mengaitkan tujuh dosa itu dengan tujuh dosa besar yang disebut oleh Rasulullah,tetapi seperti biasa pemimpin dan hulubalang Pas sememangnya tebal dengan sangkaan-sangkaan buruk lalu mengandaikan PM telah merujuk kepada hadis itu dan menuduh kerajaan Pas Kelantan termasuk dalam kumpulan orang-orang yang diterangkan di dalam hadis berkenaan.Seterusnya Subky telah bertindak selangkah ke hadapan.Beliau menukilkan hadis berkenaan,memperjelaskan dosa-dosa besar itu dan menghubungkaitkannya dengan pemimpin BN.Tidak mengapalah.Jika Subky boleh,saya juga boleh! 

Dosa yang pertama,syirik kepada Allah.Subky mengakui di kalangan orang Islam di dalam BN,tiada yang menyembah batu dan berhala,perbuatan yang menunjukkan kesyirikan yang jelas.Tetapi beliau mengaitkan tindakan kerajaan BN tidak melaksanakan hudud sebagai tindakan melawan perintah Allah dan ini boleh menjatuhkan kepada syirik.Mengambil hujah Subky,alangkah ramainya manusia yang syirik di seluruh dunia.Di kalangan negara-negara Islam,cuma Arab Saudi sahaja yang melaksanakan hudud, maka rakyat negara-negara lain yang mendokong kerajaan mereka tentulah berhadapan dengan syirik juga.Mudah sungguh Subky menjatuhkan hukum.Pun begitu,Subky terlupa atau buat-buat lupa.Pas Selangor juga melawan perintah Allah.Allah haramkan arak.Pas Selangor tidak mematuhi perintah itu,dibiarkan sahaja arak dijual bebas di kedai-kedai 7-Eleven kerana takut dengan sergahan DAP.Apakah DAP lebih berkuasa dari Allah??? Tidak syirikkah itu ???

Saya tidak menuduh Pas syirik hanya kerana tidak berkemampuan mengawal penjualan arak di Selangor.Tapi mengapa Subky berkokok berderai-derai sedangkan ekor Subky dicemari tahi ??? Rujuk juga kisah Pas Kedah yang membatalkan keputusan penutupan pusat hiburan dan karaoke di bulan Ramadan.Kesimpulannya sama,Pas takutkan DAP,lebih dari takutkan Allah !!! Dosa kedua,membunuh manusia lain tanpa haq.Secara halus,Subky cuba mengaitkan kes Altantuya yang dipalitkan kepada PM.Saya berdoa semoga Subky segera bertaubat.Andai palitan itu palsu dan Subky mati tanpa sempat bertaubat,PM Najib bolehlah menuntut pembalasan di mahkamah mahsyar nanti.Dosa ketiga,sihir.Sekali lagi Subky mengaku tiada perkaitan jelas antara penyokong BN dengan sihir.Tetapi dia masih sempat merujuk kepada budaya menemui bomoh untuk mengetahui tarikh pilihanraya.Soalnya,siapakah yang melakukan perbuatan itu (jika ada) ??? Semata-mata BN atau di kalangan PR pun ada ??? Di dalam kertas putih mengenai peristiwa Memali,disiarkan gambar-gambar puak Ibrahim Libya yang meninggal dan yang ditangkap.Di antara mereka ada yang bertangkal.Tidakkah itu mendekati khurafat,kalau pun masih tidak dikatakan sihir ???

Dosa keempat,makan riba.Subky menjulang kerajaan negeri Kelantan kerana memindahkan akaun simpanan tetapnya ke Bank Islam sebaik menerajui kuasa 22 tahun yang lalu.Alhamdulillah,itu keputusan yang tepat.Namun setelah 22 tahun,hanya itulah yang mampu diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan mengenai kecekapan mereka menerajui ekonomi negeri.Ada pun projek-projek ekonomi yang dicanangkan selepas itu,antaranya projek tanaman depu,projek kambing jamnapari sehinggalah kepada projek carigali emas,semuanya gagal dan terbengkalai.Projek Ladang Rakyat lebih terkenal dengan isu merampas tanah orang kampung.Manakala pembinaan lebuh raya hanyalah dijadikan alasan untuk mengutip derma! Ketidakcekapan pengurusan ekonomi menyaksikan puluhan ribu anak muda Kelantan berhijrah mencari makan di negeri orang.Pemimpin Pas Kelantan beri alasan,orang Kelantan memang sifatnya suka berhijrah.Dan dengan alasan itu,apakah mereka dikira terlepas dari tanggungjawab membangunkan ekonomi negeri ??? Jawablah di hadapan Allah nanti. 

Dosa kelima.makan harta anak yatim.Sungguh jauh pandangan Subky apabila mengaitkan kegagalan kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti sebagai dosa makan harta anak yatim yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kononnya royalti itu antara lain turut terdapat hak anak-anak yatim di Kelantan,maka menahan pemberiannya dikira mengambil harta anak yatim.Bukankah isu royalti ini telah dibawa ke mahkamah.Tunggulah keputusan mahkamah nanti.Jika benar Kelantan ada hak dan hal yang sedemikian disahkan oleh mahkamah barulah kerajaan Pas Kelantan boleh berkokok jika kerajaan pusat tidak membayarnya.Belum pun ada keputusan mahkamah,Husam sudah pun memasukkan royalti sebagai hasil pendapatan negeri untuk belanjawan tahun hadapan.Alangkah terdesaknya mereka mencari duit! Mohon juga Subky membaca buku C.N.Afghani,tentang tabung anak yatim Memali yang disonglap oleh pimpinan Pas. Kalau isu royalti boleh Subky kaitkan dengan dosa makan harta anak yatim,isu tabung Memali kenapa Subky buat-buat tak menegerti ??? Dosa keenam,lari dari peperangan.Subky kata negara kita belum ada sejarah peperangan.Maka tidak timbul isu lari dari peperangan. Di dalam kes Lahad Datu,Subky menempelak kerajaan kerana lambat bertindak.Tidak lari,tetapi lambat,kata Subky.Suka saya kongsikan dengan Subky,jika lari dari peperangan sudah dikira dosa besar,maka ringankah dosa orang yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan ??? Jika Subky boleh menuduh Najib terlibat dalam kes Altantuya,saya juga boleh mengesyaki penglibatan Anwar memprovokasi kaum Sulu Filipina untuk menyerang Malaysia.

Dosa ketujuh,menuduh wanita baik berzina.Subky kata belum kedengaran mana-mana muslimah yang dituduh berzina.Namun ada “orang tertentu” didakwa atas ikut budaya kaum Lut,tetapi belum disabitkan.Kiranya mengikut Subky,menuduh “orang tertentu” sebagai pengamal homoseksual itu ada irasnya dengan dosa ketujuh ini.Insya Allah,kita sama-samalah berdoa semoga kebenaran tentang “orang itu” akan didedahkan oleh Allah.Sambil itu,saya menyarankan Subky belek-belek juga akhbar Harakah yang lama-lama.Akan beliau temui artikel Harakah yang menuduh Ummi Hafilda sebagai pelacur dan Ummi menang kes samannya terhadap Harakah.Mungkin Subky berpendapat Ummi Hafilda bukan wanita baik,tidak sebaik Abby Abadi.Namun tuduhan yang dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu tetaplah satu fitnah.Telah terakam di dalam sejarah Malaysia,sebuah akhbar yang mendakwa menjunjung prinsip Islam terbukti memfitnah !!!


RENUNG-RENUNGKAN 

9 comments:

Anonymous said...



HAJI MUAALIM SAID:


Dari muda sampai tua kerja nya hanya menghasut rakyat supaya membenci Kerajaan....bila nak insaf ?

Anonymous said...

Jawapan yg bernas tanpa beremosi..

Ada fakta.. terima kasih penulis..

saya suka

gerakan melayu berdaulat

Anonymous said...

Apa sebab Subky benci sangat kepada Kerajaan?

Adakah Subky & anak2 tidak dapat makan secukupnya tanpa sempadan?

Adakah anak2 Subky dihalang dari dapat pelajaran & bantuan secukupnya kerana Malaysia tidak cukup universiti atau peluang pengajian ke luar negeri?

Adakah Subky tidak dapat mengecapi kemudahan infrastruktur sama sepertimana yang dikecapi oleh warga negara2 maju?

Adakah Subky tidak dapat beramal ibadah solat dgn khusyuk & tenang dalam masjid2 yang tersergam indah sesudah laungan azan yang berkumandang diudara?

Adakah Subky tidak dapat nikmat & mampu berkenderaan mewah pergi dan balik solat di masjid?

Adakah Subky tidak dapat simpan wang dalam bank tempatan sampai beratus ratus ribu hasil dari pekerjaan yang beliau lakukan tanpa rasa bimbang akan keselamatannya?

Adakah Subky berasa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak selamat diduduki.

Adakah Subky dihalang dari mendapat subsidi2 yang kerajaan peruntukkan kpd rakyat termasuk petrol?

Adakah Subky tidak dapat berkahwin 4 hasil dari kemakmuran negara sekarang?

..Sesiapa yang tahu penyebab kebencian melampau Subky pada Kerajaan sila jelaskan.

Anonymous said...

Paper harakah nak kate ape lagi dah...ermm...

Anonymous said...

Cuba Subky Latif cerita sikit pasal seorang bekas pemimpin ABIM yang bawa lari anak dara orang untuk bernikah.

Cuba Subky Latif cerita lagi tulisannya masa dalam akhbar Watan dahulu pasal kafir berkerjasama dengan orng bukan Islam.

Cuba Subky bagi dalil yang PKR itu parti yang memperjuangkan Islam ataupun sekular...

Anonymous said...

Sukby Latif ni telah menipu, membohong dan memfinah sejak dari beliau berkerja di akhbar tabloid Suara Merdeka lagi. Kalau betullah banyak kenyataan beliau yang menipu, memfitnah dan berbohong, tak tahulah saya nanti diPadang Mashyar macam mana nak cari orang-orang yang beliau telah menipu, membohong dan memfinah untuk meminta maaf. Kalau yang masih hidup, beliau masih ada masa nak minta maaf, tapi yang telah mati macam mana? Sudah-sudahlah Sukby, usia pun dan senja buat bertaubatlah. Tak kemana kita ni. Kita boleh binasa dengan hasad dengki, cemburu, dendam dan ego. Kalau Sukby boleh sarankan kita untuk mengikut sunnah Nabi, saya nasihatkan ikut beliau ikut cara nabi yang pemaaf itu.

Anonymous said...

Aku pun cukup heran kat puak PR. Kalau para pemimpin tak ngam tak apa, beza parti politik. Yang pengikut pengikut tu benci amat sangat kat Tok najib dengan Datin Rosmah tu apa hal? Aku tanya gak kat depa... apa dosa PM kat engkau.... katanya macam macam laaa yang biasa jadi alasan puak tu... rasuah la, kronisme laa, lama sangat dah perintah laaa... aku kata, lama pun kalau bagus apa hal nak tukar? Tak ada jawapan.

Anonymous said...

Nik aziz tu pun dah lama dahhh memerintah...lama sangat...

Anonymous said...

ni smua media massa pnya hal.. cuba kalau bole sbelah pihak mnuduh, sbelah pihak jwb tros.. ni tak, sbelah pihak je cmna nk setel..

 
 
Blogger Templates