Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13,perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan,seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman,sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.
Walhal tanpa mereka sedari,slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.Anwar Ibrahim misalnya,semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti,manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden,di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti,menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.
Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM.Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.Dalam konteks politik DAP pula,sejak berpuluh tahun lalu,muka yang sama juga menerajui parti,Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri,Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.Sementara,Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif.
Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis,mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.Di lihat dari aspek kepimpinan parti,jelas sekali slogan ‘ubah’ yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya,melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti,bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama.Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi,tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan,lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.Untuk itu,manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti.Humban saja Kit Siang,Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Video ucapan penuh Tun M diputrajaya sila ke ohbulan-pilihanku
please la jentera BN. sebenarnya strategi ubah tu senang nak di counter attack. buat banner2 besar yg compare PM m'sia sejak merdeka dgn lim kit sial yg x pernah bersara sejak dapig ditubuhkan lagi..
compare jugak gambar nuar sebelah izah..gambar kapal dgn gobin..kit sial dgn anak dia..then tambah ayat ringkas, padat tapi pedas. contoh la "ini bukan kronisme?" "ubah? siapa yg kita patut kita ubah sbnarnya?" mcm2 tu la..
Saya menyokong saranan pemerhati...
Sekarang ini PR kata pula..ubah itu tapi kekalkan ini....
Di Bdr. Tun Razak...Bdr. Sri Permaisuri, slogan terbaru mereka Ubah Putrajaya, Kekalkan Bdr Tun Razak....kahkahkah.... sesuatu yang lucu kan...Yang elok nak diubah sedangkan yang sememangnya tak elok nak dikekalkan....
Post a Comment