Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang,pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut.Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan,yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum,sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.Dulu dan sekarang,itulah modus operandi parti pembangkang,mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor,meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor,Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang.Seperti biasa,foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.
Realitinya,hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam,Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka,tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang,malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu,tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang,kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.
Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan,dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau,hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video,tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi.Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir.Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks,zero.Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR,soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.Yang penting bagi mereka,juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan,kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Sebenarnya itulah salah satu teknik propaganda yang dipraktikkan oleh pembangkang. ianya merupakan aplikasi "collective psychology" untuk menarik perhatian orang ramai. Secara psychologynya manusia menganggap sesuatu yang diminati oleh ramai orang sebagai satu "norm" yang perlu diikuti. Sesuatu yang diminati ramai juga mencetuskan pemikiran bahawa "perkara" tersebut adalah benar walaupun ianya tidak benar.
Apabila sesuatu yang tidak benar "ditayang ulang" banyak kali akan menimbulkan persepsi ianya adalah "benar". Teknik ini digunakan oleh adolf hitler dahulu untuk meyakinkan rakyat jerman mereka berada di pihak yang benar. sebab itu orang jerman pada ketika itu sanggup mati kerana hitler.
Banyak sebenarnya propaganda pembangkang yang telah berhasil...
Post a Comment