Social Icons

Pages

Monday, April 08, 2013

HOT NEWS !!! UNDI PARTI YANG BERBUAT BAIK DAPAT PAHALA - NIK AZIZ !!!


Apabila Nik Aziz sekali lagi meraban mengulang-ulang fatwa “undi PAS dapat pahala”,kelam-kabutlah jentera siber PAS menepisnya sebagai salah tafsir media.Menurut jentera siber PAS,Nik Aziz bukan bermaksud sedemikian secara langsung tetapi kata-katanya perlukan tafsiran mendalam dan luas tentang bagaimana undi PAS akan mendapat ganjaran pahala.Bagi menerangkannya dengan lebih jelas,pihak PAS telah memaparkan kronologi tentang bagaimana undi PAS boleh membawa kepada pahala iaitu kerana kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh PAS,saya pula beri jawapan untuk anda untuk kronologi tersebut.sebelum itu saya tunjukkan dulu video  yang mengatakan kalau orang UMNO sembahyang tak dapat pahala.saya pun nak tanya juga kat puak PR ni.bila masa orang UMNO tolak islam yek ???


Kronologi ini disebarkan melalui internet bagi menjawab kritikan terhadap Nik Aziz.Berikut adalah kebaikan-kebaikan PAS (seperti yang disenaraikan di dalam kronologi) : 

1. Meningkatkan kempen kerohanian,kempen solat, tutup aurat, qaryah Ramadhan (hakikatnya, pemimpin PAS sendiri begitu ramai terlibat dengan keruntuhan moral yang kronik serta menjijikkan) 
2. Tidak mengeluarkan lesen judi (hakikatnya judi masih ada di Kelantan dengan alasan ia adalah hak bukan Islam) 
3. Menukarkan transaksi kewangan negeri bagi menghapuskan unsur riba – (hakikatnya,PAS tidak pernah memperkenalkan sistem kewangan sendiri tetapi terkenal dengan menggelapkan wang saham Kohilal dan wang milik anak yatim Memali). 

Oleh kerana PAS berbuat semua kebaikan ini,maka mengundi PAS akan membawa kepada pahala.Begitulah penjelasan mereka.Jika kita mengambil pendirian yang sama,iaitu mengundi sebuah parti yang berbuat kebaikan maka akan mendapat pahala,tentulah lebih banyak pahala yang kita akan dapat jika mengundi UMNO. 

Antara senarai kebaikan UMNO ialah : 

1. Memberi berbagai kemudahan untuk meningkatkan pembelajaran agama dari segi kewangan dan pembangunan bagi melahirkan lebih ramai guru-guru agama serta agamawan yang berkualiti. 
2. Membina prasarana sebagai platform untuk melaksanakan aktiviti kerohanian dan perkembangan syiar Islam. 
3. Membina masjid, surau, madrasah dan sebagainya sebagai tapak pemantapan ibadah asas di kalangan masyarakat. 
4. Menyeru kepada perpaduan ummah tanpa mengira parti. 
5. Telah memperkenalkan perbankan Islam seawal tahun 1963. Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma),menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).Ianya dilaksanakan pertama kali dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH).PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji). 
6. Memperkenalkan sistem dan kemudahan canggih untuk umat Islam menunaikan ibadah haji dengan tertubuhnya Tabung Haji. 
7. Memastikan rakyat mendapat keperluan asas serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

MANA YANG LEBIH BAIK ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Umno tidak sekali kali menolak ISLAM...tapi Umno menolak "isle" pas....pehe ko dok???oghe tuo nyanyuk wei...

Anonymous said...

PAS tak tolak Islam... tp PAS berjuang bersama dgn orang yg nk menubuhkan negara kristian... nak kira mcm mana tu lak pok nik?

Anonymous said...

Nik Aziz kata tuhan dia samseng..tuhan dia mencarut. Dia ni mmg dah nyanyuk...

Anonymous said...

Kalau kita berkawan dgn budak jahat, kita jadi jahat. Kalau kita kawan dgn setan, tak lama, kita pun jadi setan. Macam N.Ajis!

Anonymous said...

doh gilo
habih puok ni..berat2..:)

 
 
Blogger Templates