Social Icons

Pages

Saturday, May 25, 2013

HOT NEWS !!! MALAYSIA MODEL NEGARA ISLAM !!! ANWAR IBRAHIM PULA BUAT U-TURN 360 DARJAH !!!


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sering menjadikan negara timur tengah sebagai contoh sepanjang ceramah jelajah yang dilakukan,kerana dikatakan mempunyai rakyat yang berani untuk melalui gerakan ‘arab spring’.Malah nama mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir juga seakan tidak lepas dari bibirnya apabila sering dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata nista bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat.Namun di sebalik kejian dan cacian itu,umum mengetahui dan maklum mengenai jasa Tun Mahathir sepanjang 22 tahun mengurus tadbir negara.Malah beliau juga merupakan tokoh yang berjaya membuka mata dunia untuk memandang Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya berkembang maju pesat menandingi negara-negara mundur yang lain. 

Dengan usaha yang dijalankannya,sudah pasti tidak semua yang senang dengan cara beliau yang mengamalkan ketegasan dan disiplin yang tinggi.Namun,dengan sikapnya yang tegas dan berdisiplin itulah beliau berjaya mengangkat taraf hidup dan memberi kesenangan kepada penduduk sejagat di negara ini.Tidak menumpukan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara sahaja,Tun Mahathir turut bertanggungjawab membawa naik nama Islam negara ini dan sekali gus menjadikannya sebagai tokoh Islam yang disegani dunia.Oleh kerana itu,sehingga kini ramai yang mengagumi jasa dan ketegasan beliau ketika memerintah negara.

Baru-baru ini,cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.Tun Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih juga gagal untuk distabilkan baik dari segi ekonomi mahupun politik.Berikutan itu,Ikhwanul Muslimin telah menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia untuk memberikan pandangan mereka dan cadangan agar negara yang sedang bergolak itu kembali pulih seperti sedia kala.Pada Ahad yang lepas,Tun Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia telah dijemput untuk berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab.Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.Secara jujurnya,beliau merupakan satu aset yang berharga buat negara kerana beliau mempunyai satu tahap pemikiran yang menjangkaui ke hadapan. 

Dengan mempunyai tokoh sebegini,rakyat seharusnya lebih bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang berjaya di kecapi sekarang.Sedangkan negara luar berebut untuk mendapatkan Tun Mahathir,tak mungkin kita di negara ini hanya mampu melihat dan membiarkan tokoh ilmuwan kita itu dibawa pergi.Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membawa Malaysia sehingga ke tahap ini.Kesimpulan yang ingin disampaikan ialah,gerakan ‘arab spring’ yang sering menjadi kebanggaan Anwar bukanlah satu model yang terbaik untuk dicontohi oleh rakyat.Ia bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara musnah namun turut menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan menanggung akibat yang buruk.Kedua,walaupun Anwar cuba memburukkan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan,namun masyarakat dunia nyata begitu menghargai tokoh yang sering dihina dan dicerca ini.

RENUNG-RENUNGKAN

15 comments:

ahlee said...

camna ni MahaFiraun nak tolong Firaun pulak?

Anonymous said...

Bodoh punya pencacai anuar, cakap x pakai otak....

Anonymous said...

dulu tahun 70/80..nak masuk u punya la susah...anuar buat supaya golongan elit saja masuk u. lepas dia kena terajang keluar, mahathis buat semua org melayu boleh masuk u. ptptn pun dibuat. ekonomi menaik, kerja ada. syukur allah bagi mahathir pada kita sebagai penyalur rezeki. bkn mcm nik ajis cuma memporak perandaka islam.

yaAllah, panjangkan lah usia TD semoga boleh berbakti lagi pada melayu dan msia.

ali

Anonymous said...

Eloklah Malaysia jadi model Islam, tapi dibawah inilah statistic perangai orang Islam di Malaysia.Kalau kita tak sedar lagi, tak tahu lah apa nak jadi 5 tahun dari sekarang. Sila Sebarkan.

Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.

5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7. 80% remaja hari ini tidak pandai mengaji.

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam.

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.

20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

Anonymous said...

Boleh dpt sumber statistik ?

Anonymous said...

Anon 8.55, Statistik ini saya ambil dari satu pool yang saya landaskan kepada keluarga saya dan keluarga terdekat saya. Jumlahnya 25 ahli keluarga saya. Terima kasih.

Anonymous said...

Kalau kita ... BUAT U-TURN 360 DARJAH ... kita akan mangadap tampat yg sama sebelum berpusing ... macam tak buat apa-apa pun ... itulah metematik.

Kalau nak pusing kebelakang ... namanya ... pusing 180 darjah kekiri atau kekanan.

Hanya nak perbetulkan.

Anonymous said...

Daripada jumlah penduduk Islam Malaysia sebanyak lk 15 juta?
Alahai!

Anonymous said...

kalau setkat pool keluarga dan 25 orang saja , apa ke nama statistic tu, tentu bak kata pepetah bersaksi ke lutut, kalau belajar statistic pun data ni tak boleh di pakai,.. tak da crebible nya, kalau keluarga jenis suka berhibur tentu hiburan jadi kegemaran, kalau keluarga suka ugama sudah tentu rancangan ugama jadi keutamaan,..jadi kalau nak buat satu keputusan biarlah betul betul akademik, pergi kat chow kit ke, Tanya orang ramai semua peringkat umur, semua bangsa. dan soalan nya kena lah specific, baru boleh di panggil satu study atau penyelidikan..

Anonymous said...

masih tak paham ke yang kata buat u turn 360 darjah, Nampak kurang sangat ilmu matematik orang macam ni, kalau buat u turn ianya 180 darjah bukan 360 darjah,..360 darjah bermakna pusing satu round balik ketempat asal, kalau 180 darjah maknanya pusing belakang... so apa maksud 360 darjah tu.. pusing belakang atau balik ketempat asal..

Anonymous said...

Apa yg dimaksudkan penulis 'pusing 360 darjah' adalah sekadar metafora. It's a metaphore in showing a fact in d synical way. Tak payah nak cari silap oranglah..

Anonymous said...

ada beza 180 dengan 360, bukan tak tahu kut, jangan nak tepis fakta dan menunjukkan kita lemah matematik... tak kan putih di kata kan hitam..harap kita paham pusing belakang dan balik ke asal bila gunakan technical info.

azlanaini said...

Statistik mu nih.. Brapo responden mu temui utk buat kesimpulan begitu... 25 orang utk wakilli keseluruhan umat islam di malaysia.. Bodoh muh nih

QalamQabut said...

Setuju dgn Anon May 25, 2013 at 9:17 AM... Statistik tak boleh pakai.
Kalau ambil statistik dari keluarga Anwar tentu lagi teruk.
Kalau ambil dari keluarga Hj. Hadi, tentu dah berpusing 360 darjah (Nak kena tukar jadi O-turn kot?).

Kesian jugak kat keluarga pengumpul statistik tu... '50% pasangan yg telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur'??? Mak datukkk...
Harap boleh berusaha utk buat U-turn dalam kehidupan sebelum terlewat.

Anonymous said...

Skrg wujud pulak.'minimahafiraun'.. hahaha..

 
 
Blogger Templates