Walaupun pendedahan telah dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla bahawa Anwar Ibrahim telah melanggar perjanjian rahsianya dengan Najib Abdul Razak dengan dia sendiri sebagai saksi,Ketua Umum PKR itu dengan penuh angkuh dan bongkak berkata,dia tidak akan bersara sama sekali dari dunia politik.Bahkan Anwar semakin mempergiatkan usaha untuk terus mengejar cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbarunya berkata,dia tidak akan berundur selagi keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.Justeru,tiada sebarang alasan mahupun fakta boleh diberikan kepadanya yang mewajarkan dia untuk meninggalkan dunia politik sekaligus mewujudkan keamanan kepada rakyat negara ini.Alasan yang paling menarik dari Anwar Ibrahim mengapa dia harus memungkiri janjinya sendiri ialah,dia telah menang 51% undi popular berbanding Najib yang hanya menang 41%.
Bagaimanapun,Anwar tidak dapat menjawab,mengapa undi popular 41% untuk Najib Abdul Razak telah membolehkan Barisan Nasional menguasai 133 kerusi Parlimen,sedangkan Pakatan Rakyat pula sekadar menang 89 kerusi Parlimen.Bagi yang berfikiran singkat,fakta tersebut akan dikatakan sebagai BUKTI KUKUH SPR telah menipu sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.Namun bagi yang berfikiran waras,undi popular tidak diambil kira dalam sistem demokrasi di Malaysia, memandangkan sesebuah kerajaan yang terbentuk di negara ini adalah berdasarkan penguasaan majoriti jumlah kerusi.Dengan kata lain,walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat penguasaan undi popular sebanyak 99.9999% sekiranya penguasaan kerusi majoriti walaupun hanya satu, akan kekal menjadikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itulah,pertandingan atau pilihanraya di Malaysia membabitkan kerusi-kerusi Parlimen dan kerusi-kerusi DUN.Apa yang Anwar cuba lakukan ialah mengelirukan minda masyarakat,terutama sekali golongan muda yang menyokongnya. Dia cuba mempopularkan sistem yang tidak digunapakai di negara ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kononnya dia berada di pihak yang benar.
Anwar menuduh PRU-13 dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan.Tetapi sehingga kini,tidak satu pun dakwaannya disertakan dengan bukti-bukti yang meyakinkan,sebaliknya bukti-bukti yang cuba dipopularkannya,ternyata adalah bukti-bukti fitnah dan telah direka-reka dalam usaha untuk memburukkan SPR.Dalam hal undi popular,Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mendapat undi popular di empat buah negeri sahaja iaitu Kelantan,Pulau Pinang,Selangor,Perak dan Kuala Lumpur.Manakala di negeri-negeri lain, Pakatan Rakya tidak mampu meraih undi popular mengatasi Barisan Nasional seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah yang dibuat oleh Malaysiakini,portal pro-Anwar Ibrahim sendiri.
Berasaskan jadual itu,Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara,manakala Barisan Nasional pula mendapat 5,262,983 undi. Defisit undi terkumpul adalah berjumlah 361,101.Sekiranya negara ini mengamalkan sistem Republik,Anwar Ibrahim berhak menjadi Perdana Menteri.MALANGNYA,Malaysia adalah negara bukanlah negara Republik sebaliknya sebarang kerajaan yang terbentuk, baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri adalah berasaskan kepada penguasaan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.Justeru, Anwar tidak layak berkokok yang dia adalah pemenang hanya semata-mata dia mendapat undi popular yang lebih berbanding Najib Abdul Razak.
Dari mana sebenarnya Pakatan Rakyat mendapat kelebihan itu?
Mari tengok:
i. Di Kelantan Pakatan Rakyat mendapat 412,949 – 355,627 = 57,332
ii. Di Penang Pakatan mendapat 492,863 – 229,859 = 263,004
iii. Di Perak Pakatan mendapat 624,344 – 512451 = 111,893
iv. Di Selangor Pakatan mendapat 1,044,758 – 685,502 = 359,256
v. Di KL Pakatan mendapat 425,352 – 227,268 = 198,084
Berasaskan kepada angka-angka di atas,dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina ; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi.Dari data di atas juga,walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332.
Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang,Perak, Selangor,Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi.Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular,sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101.Kalau dah namanya Anwar Ibrahim,begitulah dia… dia tidak akan berasa malu untuk memungkiri janjinya sendiri. Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menipu atau memberikan seribu satu macam alasan untuk mewajarkan tindakannya. - Sel13.Com
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
kalau anwar kempen undi popular untuk jadi PM, kita rakyat Malaysia kempen si penipu, kaki betina, penjual ugama, penjual allah tak di terima untuk jadi PM,, dah bosan dengan manusia BABI ni, cukuplah kalau kerusi banyak untuk BN maka BN lah memerintah, manusia BABI ni kalau BN menang undi popular sekali pun dia kan cari jalan untuk buat kacau. mana janji dia untuk menerima kekalahan secara gentleman, jusuf kala pun dah fed up dengan manusia munafik ni, rakyat Malaysia tolak anwar, paham lah ...
Selain Nik Aziz yang menyebabkan umat Islam tidak bersatu padu Anwar juga akan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai Satu-satunya pemimpin yang paling teruk pernah wujud di Malaysia. Terlibat dalam kes liwat sebanyak 2 kali, mengadakan hubungan seks dengan Cina doll, dengan isteri orang, hubungan seks dengan lelaki. Sentiasa memperlekehkan dan memburukkan negara sendiri. suka menabur fitnah. Tidak mempertahankan nama Allah dan bangsa Melayu. Syukur kepadaMu ya Allah manusia hipokrit tidak diperkenankan olehMu menjadi Perdana Menteri. Alhamdulillah. Semoga Malaysia akan selamat daripada manusia yang serakah ini. Kesian Wan Azizah sayang suami yang sebegini sedangkan dia tak bernafsu terhadap isteri yang halal untuknya sebaliknya terhadap lelaki, pelacur dan isteri orang. Jaga-jaga Anuar kubur dan neraka sedang menunggu. Kalau tak bertaubat. Faham-faham sahajalah senarai kejahatan sudah panjang.......
Jusuf Kalla ni cerita baru. Cuba perhatikan apa kata mereka yg dulu amat rapat dgn anuar tetapi sekarang seorang demi seorang meninggalkan dia. Sedangkan dulu ada antara mereka yg sanggup masuk lokap kerana mempertahankan anuar, tapi mengapa akhirnya mereka meninggalkannya?? Dan cerita mereka yg meninggalkan anuar ni semua lebih kurang sama je. Tula yg peliknya. Allah sajalah yg tahu.
Anuwar tak akan mati,kalau mati pun kejap aje,nanti dia jadi hantu.muka pun dah mcm muka hantu.nak mati kan dia ada satu aje cara.potong aje kote bengkuk dia kerana disitu le letak nyawa dia.
perjanjian juga ada klaus tertentu yg boleh terbatal atau dibatalkan.. so apa nak bising sangat.. x skolah ka? guna akal..
***
Post a Comment