Setelah gagal menepati janji kepada pengundi Cina menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,Anwar Ibrahim kini terpaksa membayar harga politik yang mahal sebagai menebus dosanya kepada Dap.Anwar kini tersepit antara mengukuhkan pengaruhnya dalam Pas melalui permainan politik kumpulan Anwarinas yang mendokong agenda beliau atau sebaliknya melutut kepada kuasa baru Dap.Setelah muncul sebagai pemenang terbesar di kalangan parti-parti dalam PR dengan merangkul 38 kerusi Parlimen,Dap sekarang memainkan peranan ‘Godfather’ atau ketua Mafia kepada Pas dan PKR.Ini membuat Anwar semakin lemas dan cemas kerana jika beliau dilihat kepada Dap,sokongan Melayu kepada PKR akan terus terhakis.Ini jelas boleh dilihat daripada keputusan PRU13 yang menunjukkan kenaikan sokongan terhadap UMNO-BN meningkat sebanyak 30 peratus.Dengan kekuatan Dap di Dewan Rakyat,ditambah pula dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang,parti itu dilihat sebagai kuasa paling kuat yang bakal melakar arah tuju Pakatan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang sehingga PRU14.
Dap tidak akan mudah tunduk kepada tekanan PKR atau Pas kerana ia kini muncul sebagai taiko yang boleh membuat apa keputusan yang bagi kepentingan politiknya.Terbaru Pengerusi Kebangsaan Dap,Karpal Singh meminta agar Anwar memperkenankan,Parti Sosialis Malaysia (PSM) parti kecil yang berorientasikan ideologi sosialis sebagai ahli terbaru PR.Ahli Parlimen Sg Siput,Dr Michael Jeyakumar pula berkata permohonan parti itu yang sudah dibuat beberapa tahun lalu seharusnya diberi pertimbangan yang sewajarnya.Mesyuarat pimpinan PR baru-baru ini menolak sekali lagi permohonan PSM untuk menyertai gabungan pembangkang itu.Persoalannya selama mana Anwar akan mampu berkata tidak kepada PSM bila mana Dap akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya akhirnya untuk memastikan parti sosialis itu akan mendapat tempat sebagai rakan sekutu secara rasmi di dalam PR.Jika ini terjadi maka jumlah parti di dalam pakatan pembangkang akan bertambah menjadi empat buah.
Tetapi adakah kemasukan PSM kelak akan menguntungkan PR atau ianya hanya akan mengukuhkan parti tertentu di dalam pakatan pembangkang.
PSM dan Dap berkongsi ideologi politik yang sama iaitu sosialisme.Sementara PSM dilihat mengamalkan bentuk sosialis yang lebih kritikal,tidak berkompromi dan keras Dap pula menggunakan pendekatan ilmiah dan politik yang lebih licik.Apapun kedua-duanya berkongsi pandangan politik yang menentang sistem kapitalisme.PKR pula mempunyai ideologi politik yang berteraskan kepada kepelbagaian dan ini termasuklah menerima prinsip liberalisme dan pluralisme agama dengan mudah.PKR,Dap dan PSM boleh bekerjasama kerana ketiga-tiga parti tidak berorientasikan agama berbeza dengan Pas yang berjuang di atas prinsip Islam.Bagaimana Pas boleh menerima PSM sebagai sekutunya di dalam Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji.
Sementara pucuk pimpinan Pas mungkin akan menggunakan alasan tahaluf sahsiah untuk menghalalkan penerimaan keahlian Pas,peringkat akar umbi pula tidak mungkin menerima dengan hati terbuka.
Ketika polemik merebut beberapa kerusi DUN di antara Pas dan PKR,Abdul Hadi Awang dalam komennya payah bagi Pas sesetengah PKR yang didakwa mengantung gambar ideolog komunis Karl Marx dan Lenin di dinding pejabat mereka.Sekiranya PSM berjaya meyakinkan Anwar melalui Karpal,kedudukan Pas sebagai rakankongsi kanan di dalam PR akan tercabar.
Ini kerana walaupun saiz keahlian PSM adalah kecil,namun ahli-ahlinya adalah lebih agresif,komited dan tidak mudah beralah dalam memperjuangkan hak mereka.Ini boleh dilihat dalam perebutan antara PSM dan PKR di kerusi DUN Semenyih dan pertelagahan tiga sudut di antara PSM,PKR dan Pas di DUN Kota Damansara.
Ahli-ahli Pas pada peringkat umbi menentang keras kerusi DUN Kota Damansara diberi kepada PSM yang bertanding di bawah lambang PKR tetapi suara mereka tidak dipedulikan.
Malah untuk menyakitkan lagi hati penyokong-penyokong do kawasan itu,Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menghentam mereka sebagai derhaka, pengkhianat dan sebagainya.Situasi ini sudah tentunya tidak akan membawa keharmonian di antara Pas, PSM dan PKR dan akan memburukkan hubungan politik sehingga menjelang PRU14.Apakah PSM akan bersetuju dengan rancangan Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam apabila ideologi parti itu menolak prinsip-prinsip agama dalam ???
Apakah Pas sanggup berkompromi dengan PSM yang mendapat sokongan kuat daripada Dap dan PKR dalam perkara yang menyentuh hak-hak Melayu,Islam dan Institusi Raja ???
Bolehkan Pas menerima prinsip kesamarataan yang diperjuang oleh ketiga-tiga parti itu yang akan merugikan Melayu dan Islam ???
Persoalan seperti ini akan memeningkan kepala pimpinan Pas kerana perbezaan ideologi, pendekatan politik serta keutamaan prinsip perjuangan adalah amat jauh berbeza sekali antara parti-parti tersebut.Akhirnya PR akan terjerumus di dalam kemelut dan krisis politik yang tidak ada sudahnya.Kemungkinan Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat di masa yang tidak berapa lama lagi tidak boleh diketepikan.Perkara ini malah pernah disuarakan oleh Abdul Hadi beberapa kali yang membayangkan parti itu akan mengorak langkah bersendirian jika pandangan percanggahan prinsip politik tidak dapat diatasi lagi.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Salam tuan, off topic sket. Mohon otai2 blogger korek sket kisah YTL mnerusi perkhidmatan 4G YES yg masuk ke MOE yg menggantikan TM SCHOOLNET .. Apa yg menarik perhatian project ini berjalan selama 15 tahun dan paling membimbangkan YTL mengawal akses Internet sekolah2 ni sebagai contoh blog papagomo mmg awal2 lg disekat seumpama laman web negative, jd x mustahil pd satu ketika nnt blog2 berpengaruh yg x sehaluan dgn "YTL" Akan diblok pd PRU akan dtg...
umno ni bodo piang la..kata dap ni komunis pada msa yang sama kta dap nak kristiankan malaysia.komuniskan xdak agama mcm mna nak kristiankan malaysia..umno mangkuk wal hayun..
Post a Comment