PRU-13 sudah berlalu dan kerajaan BN sudah pun mula bekerja.PR pula meneruskan bangkangan mereka terhadap apa saja termasuk keputusan pilihanraya.Rakyat rata-ratanya sudah muak dengan politik yang tidak berkesudahan dan ingin melihat Malaysia terus mara ke hadapan.Justeru,mereka mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ terhadap urustadbir kerajaan secara dekat dan tidak lagi mengambil pusing dengan karenah pembangkang.Isu yang menjadi perhatian rakyat sekarang ialah mengenai hala tuju negara setelah ‘ditampar’ dengan tsunami Cina,selain isu ekonomi.Jangan terkejut sekiranya rakyat mendahului kerajaan dalam beberapa isu kerana kita berada di era maklumat di mana semuanya boleh diperolehi dari hujung jari.Kajian dan penyelidikan juga sebahagian besarnya hanya memerlukan hujung jari.
Pendek kata,tiada apa yang benar-benar rahsia pada hari ini. Ia hanya rahsia dalam imaginasi masing-masing sahaja.Oleh itu,saya dapati isu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kini sedang dihalusi oleh rakyat di masa yang sama kerajaan sedang menanganinya.Secara dasarnya rakyat yang ingin tahu mengenai buruk-baiknya telah pun mendapat semua maklumat itu dan telah pun membuat kesimpulan sendiri.Apa yang ditunggu oleh rakyat kini hanyalah kenyataan rasmi dari kerajaan mengenai keputusan mengenainya.Satu contoh dari butiran TPP ialah jika Malaysia tidak menyertainya, maka barangan kita akan dikenakan cukai import yang lebih tinggi.Tetapi jika kita menyertainya, maka kita perlu menanggung harga ubat-ubatan yang jauh lebih tinggi iaitu sehingga 60% – 80%.Cukai import yang tinggi tentu memberi kesan kepada ekonomi negara dan para peniaga sementara harga ubat-ubatan yang tinggi akan memberi kesan kepada semua golongan.Yang paling terjejas pastilah rakyat miskin tetapi dengan kenaikan yang terlalu tinggi sebegitu, ia pasti akan turut menjejaskan golongan pertengahan.
Perlu diingatkan bahawa golongan inilah yang memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU yang lalu.Walaupun cukai import yang tinggi turut memberi kesan kepada rakyat marhaen juga akhirnya tetapi ia bersifat tidak langsung dan rawak. Manakala ubat-ubatan yang terlalu mahal menyebabkan keperitan dan penderitaan kepada yang terlibat hatta melibatkan nyawa manusia.
Tanpa penjelasan dan butiran terperinci,di mata rakyat persoalannya hanyalah satu iaitu : Malaysia punya hak untuk memilih untuk mengambil risiko atas nyawa rakyat miskin atau menghadkan sedikit peluang para peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka.Tidak salah jika dikatakan TPP ini merupakan ujian pertama kepada BN selepas PRU-13.Justeru,ia perlu diberi perhatian sewajarnya agar rakyat tidak merasa seolah-olah diperbodohkan oleh kerajaan dengan mengambil sikap membisu.Penjelasan perlu dilakukan segera di peringkat tertinggi bagi meredakan kebimbangan rakyat terhadap isu ini.Jika benar ia baik untuk Malaysia, bentangkan alasan yang munasabah yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa.Namun,sebelum itu,suka saya mengingatkan bahawa rakyat tidak suka diperlakukan bagai orang bodoh.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
dalam negara tun gol ... taat dan patuh kepada pembankang kerana mahu popular ... kat luar negara ... pun tun gol pasti akan ikut telunjuk negara maju demi mahu popular ... hidup tun gol ... mampuih rakyat malaysia ...
Post a Comment