Social Icons

Pages

Sunday, June 02, 2013

HOT NEWS !!! P UTHAYAKUMAR MENCABAR ANWAR IBRAHIM BERDEBAT !!! ANWAR IBRAHIM !!! ADA BERANI KER ???


Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat kerana Ketua Umum PKR itu mendakwa pertubuhan itu bersifat rasis.Pemimpin utama Hindraf,P Uthayakumar berkata, tindakan Anwar menyamakan pergerakan mereka dengan Perkasa adalah tidak tepat. “Ketika beliau masih jadi menteri,Anwar pernah berkata,dalam masyarakat madani,kaum majoriti perlu bantu kaum minoriti. Apabila Melayu dan Cina lebih dominan dalam masyarakat Malaysia, India adalah minoriti.Tetapi apabila kami kaum minoriti yang memperjuangkan nasib kaum kami sendiri, kami digelar rasis pula. Sepatutnya kaum majoriti yang perlu bantu kaum India,” katanya kepada Sinar Harian. 

Uthayakumar mendakwa Anwar tidak punyai pendirian apabila hanya menggunakan Hindraf bagi menarik sokongan ketika PRU12 dan menolak apabila sudah tidak diperlukan.“Saya cabar beliau berdebat.Adakah perjuangan Hindraf selama ini dianggap rasis seperti dikatakannya itu?” katanya. Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Anwar dalam ucapannya di perhimpunan Blackout 505 di Johor Bahru yang melabelkan Hindaf sebagai pelampau ketika bercakap mengenai pelantikan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Sinar Harian

1 comment:

Anonymous said...

Apa nama ni? Utakumar? Dh la tu, anda xde apa kpentingan pn pd nuor,xmcm mendiang bala yg disebut sbagai arwah oleh sstengah org pakatan, anda kna trima hakikat yg anda xde apa yg mguntungkn nuor, dah la tu.

 
 
Blogger Templates