
Beberapa lakaran yang disebarkan melalui laman Facebook oleh penyokong pembangkang berhubung cara-cara untuk melakukan provokasi ke atas anggota polis ketika menyertai perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.
Dalam status akaun Twitter, seorang aktivis pembangkang secara terbuka menyatakan kejayaan perhimpunan tersebut adalah apabila tiga trak polis berjaya diterbalikkan, dua kenderaan water cannon berjaya ditumbangkan dan tiga bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya dipunahkan.
Kemudian, aktivis itu turut memuat naik satu lagi status yang menyebut, ‘jika tidak, himpunan esok adalah gagal.’
Selain itu, turut disebarkan dalam laman Facebook adalah beberapa kaedah berserta lakaran gambar yang perlu dilakukan oleh perusuh sekiranya berhadapan dengan polis.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment