Social Icons

Pages

Friday, July 05, 2013

EKSKLUSIF !!! BENARKAH LGBT BOLEH MENGAWAL POPULASI DUNIA ??? WAJIB BACA !!!


Golongan LGBT di serata dunia sedang berusaha untuk mencapai kemerdekaan seksual tanpa batasan.Saban hari kita disajikan oleh media dengan perarakan,kes mahkamah dan pelbagai lagi usaha yang dilakukan oleh golongan ini untuk mendapat pengiktirafan di serata dunia.Bagai ingin mewujudkan kembali kegemilangan di negara purba Sodom dan Gommorah,mereka tanpa segan silu mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sebagai tanda ingin menunjukkan kebanggaan mereka sebagai golongan LGBT.Golongan yang sinonim dengan 7 warna pelangi ini ingin pula dianggap sebagai satu komuniti yang sah dimana sahaja tempat mereka berada.Ini termasuk di asia tenggara dimana golongan ini sedang mula bertapak dan menunjukkan kehadiran mereka kepada dunia Asia.Namun begitu kehadiran mereka tidak dipedulikan dan sebahagian besar masyarakat tidak mengambil kisah tentang kehidupan mereka.Baru-baru ini,perlaku pertelingkahan antara golongan LGBT dan masyarakat dunia apabila mereka secara terang-terangan memohon agar diri mereka diiktiraf sebagai jantina lain.Maksudnya pada hemat mereka dunia perlu mengiktiraf Lelaki,Perempuan dan LGBT. 

Tambahan lagi mereka inginkan hak untuk berkahwin sesama jantina dan hak untuk memohon anak angkat.Dari sudut moral ini amat bertentangan kerana umum mengetahui bahawa boleh dikatakan sebahagian besar agama di dunia ini melarang perbuatan mereka.Namun mereka tetap berkeras agar kerajaan mengiktiraf dimana mereka akan mempunyai ikatan yang sah di sisi undang-undang sesebuah negara.Di Asia Tenggara,kebanyakkan negara termasuk Singapura yang terkenal dengan sikap liberal mereka tidak mengizinkan golongan LGBT daripada berkahwin.Di Malaysia pula,perbuatan liwat/sodom atau apa-apa tindakan yang boleh dianggap sebagai luar tabii akan dihalang oleh pihak penguatkuasa.Namun apa yang memeranjatkan adalah negara seperti Indonesia mengizinkan golongan ini diberikan hak sepenuhnya untuk berkahwin dan akan diiktiraf sebagai “suami” atau “isteri” yang sah di sisi undang-undang mereka.Pengiktirafan Indonesia terhadap LGBT ini sememangnya memualkan bagi mereka yang boleh berfikiran rasional.Namun begitu,jika dipandang dari sudut berbeza Indonesia mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu untuk mengiktiraf komuniti ini sebagai salah satu komuniti mereka yang dilindungi oleh peruntukkan undang-undang. 

Rasionalnya (jika ada) adalah untuk mengurangkan jumlah penduduk di Indonesia yang telah tidak tertampung oleh negara tersebut.Sungguhpun berjuta rakyat Indonesia keluar mencari pekerjaan di tempat lain, jumlah yang tinggal di negara tersebut adalah terlalu tinggi.Lantas dengan mempromosikan kehidupan LGBT yang suka sesama jenis,ia akan mengurangkan kadar kelahiran bayi di negara tersebut.Tambahan pula apabila pasangan LGBT ini sudah berkahwin mengikut lunas undang-undang negara mereka, sudah pasti mereka mahukan anak angkat.Jumlah bayi yang lahir dalam keluarga miskin dan bayi yang tidak mempunyai ibu bapa adalah terlalu tinggi di Indonesia.Ianya mungkin dapat membantu situasi tersebut apabila golongan ini mengambil mereka sebagai anak angkat.Lantas ia bukan sahaja dapat mengurangkan kelahiran anak di Indonesia, tetapi juga dapat menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik untuk mendapat keluarga yang boleh menjaga dan membela mereka.Kesimpulannya,LGBT merupakan satu gejala sosial yang perlu dibenteras, namun begitu adakah kelebihan golongan ini untuk membendung masalah populasi yang sedang berlaku di Indonesia perlu dizahirkan ??? Kajian yang lebih mendalam perlu dilaksanakan bagi mengetahui apakah tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia itu perlu dikaji semula oleh pemerintah negara republik itu. Namun begitu buat masa sekarang,rasanya Indonesia perlu menyimpan dulu status mereka sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang terbanyak di seluruh dunia.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates