Social Icons

Pages

Friday, July 05, 2013

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS DAN PKR BEREBUT KERUSI !!! DAP PULA MENGAUT UNTUNG !!!


Masih lagi segar tanah kubur Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut,Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar,pakatan pembangkang sudah berebut mahu bertanding di kawasan tersebut.Malah lebih menyedihkan sebelum jenazah dikebumikan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan pembangkang yakin menanng di kerusi DUN itu.Ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak prihatin dan kurang sensitiviti terhadap keluarga arwah,tetapi juga membuktikan ketamakan politik beliau walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun.Awal-awal lagi Dap sudah membidas serta memperli Anwar supaya PR memboikot pilihan raya kecil yang bakal diadakan sebagai bukti bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum k3-13 lalu.Walaupun kononnya nampak tegas, sikap yang dipamerkan oleh setiausaha agung parti rasis Cina itu,Lim Guan Eng,juga tebal dengan hipokrasi dan kemunafikan.Kepada pemimpin pembangkang seperti Guan Eng dan Anwar,biarlah menolak keputusan PRU13 dan menyeru supaya PRK diboikot atau dipulaukan tetapi kawasan yang dimenangi pembangkang tidak dipersoalkan pula.

Pembangkang hanya sibuk mempertikaikan kawasan yang dimenangi Barisan Nasional disebabkan rasa tamak tahap gaban yang tidak mampu disembunyikan daripada rakyat.Jika Dap mahui PRK Kuala Besut diboikot,Pas dan PKR pula berebut-rebut mahu bertanding.Paling awal PKR sudah ‘booking’ kawasan itu untuk calonnya tetapi Pas membantah kerana di dakwa adalah miliknya.Hanya selepas Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali mengesahkan kerusi itu adalah kepunyaan Pas,barulah keadaan bertegang leher pada peringkat awal ini nampak reda sedikit.Namun apa yang berlaku menunjukkan perbalahan berebut samada kerusi Parlimen atau DUN yang sengit terjadi semasa PRU13 masih belum reda.Bagaikan api dalam sekam,polemik antara Pas,PKR dan Dap tidak akan reda dan sentiasa akan memakan kekuatan dalaman ketiga-tiga parti itu. Dap seolah-olah cuba mensabotaj Pas dan PKR dengan memberi laluan kepada BN.Dap cuba mengurangkan jumlah kerusi yang dipegang oleh Pas artau PKR sekaligus melemahkan pengaruh politik mereka.Dalam politik,jumlah adalah penting,lagi banyak kerusi yang dimenangi,lagi kuatla pengaruh sesuatu parti itu dan sebaliknya. 

Dap yang muncul sebagai taiko dalam Parlimen dengan kerusi pembangkang terbanyak, kini sedang melakar strategi bagaimana melemahkan kuasa politik orang Melayu di kalangan Pas dan PKR.Salah satu caranya ialah menggula-gula Pas dan PKR supaya terus mempertikaikan keputusan PRU13 sementara Dap secara senyap-senyap mengukuhkan kedudukan politiknya. Pas dan PKR yang diperlukan Dap buat sementara waktu ketika parti itu menyusun rancangan merampas kuasa pada PRU14 nanti.Jika Dap mampu menguasai sejumlah kerusi yang membolehkan ia mandiri untuk menubuhkan kerajaan sendiri,apa perlunya Pas dan PKR ??? Inilah yang perlu difahami oleh pemimpin Pas dan PKR bahawa Dap secara licik sedang menggunakan mereka sehabis-habisnya sebelum mereka dicampak seperti sampah.Adakah Dap berterima kasih kepada Pas dan PKR kerana membantu parti itu melonjakkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi daripada 28 pada PRU 2008 kepada 38 dalam PRU13 ??? Malah dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung, Dap nampaknya mendominasi perdebatan isu-isu yang dibangkitkan.Tidak mustahil Dap kini muncul sebagai ‘power broker’ atau pemutus kata dalam sebarang keputusan dalam pakatan pembangkang dengan mengenepikan kedua-dua sekutunya.Wakil-wakil Pas dan PKR sekadar menumpang glamer dan sesekali membuat lawak bodoh untuk menghiburkan anggota Dewan Rakyat yang lain.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates