Parti DAP dan PKR mendakwa mereka merupakan sebuah parti politik pelbagai kaum hanya kerana membuka keahlian kepada pelbagai bangsa.Mereka menyembunyikan realiti bahawa tiada bezanya antara Pas dengan UMNO,MCA atau MIC di mana keahlian Pas hanya kepada mereka yang beragama Islam dan 99 peratus ahli mereka adalah orang Melayu.Sehubungan itu,DAP pula lebih daripada 99 peratus ahlinya terdiri daripada kaum Cina.Sekiranya kita hendak mengambil teori undi popular Datuk Seri Anwar Ibrahim maka DAP adalah sesebuah parti berasaskan kepada kaum Cina.Isu yang paling penting bukan keahlian sesebuah parti politik itu yang membuktikan sesebuah parti pelbagai kaum atau tidak.Sebaliknya,indikator yang menentukan sesebuah parti politik itu pelbagai kaum adalah corak perjuangannya.Perjuangan Barisan Nasional (BN) walaupun UMNO untuk Melayu,MCA untuk Cina dan MIC untuk India tetapi dalam setiap pilihan raya banyak kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh MCA dan MIC.Jika mengikut sistem merit UMNO yang sepatutnya bertanding di setiap kawasan majoriti Melayu. Namun sistem perkongsian kuasa dan perpaduan dalam BN begitu unik sehingga ia memberi ruang kepada parti bukan kaum Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu.Berbanding pakatan pembangkang, kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh Pas dan kawasan majoriti Cina pula ditandingi oleh DAP. Ia membuktikan keahlian tidak menandakan perjuangan pelbagai kaum pakatan tersebut. Keahlian mereka adalah pelbagai kaum tetapi perjuangan mereka berasaskan rasisme.
Sistem keahlian pelbagai kaum,pembangkang juga wujud dalam BN
Sekiranya benar keahlian sepatutnya menjadi indikator kepada perlambangan pelbagai kaum maka dalam BN,parti seperti Gerakan,PPP dan IPF juga membuka keahlian mereka kepada semua kaum.Dalam isu ini,apakah perbezaan antara Gerakan,PPP dan IPF berbanding dengan DAP dan PKR ??? Oleh itu,kebebasan demokrasi dalam BN jauh lebih luas untuk memberi pilihan kepada rakyat memilih sama ada mereka mahu menyertai parti politik satu bangsa atau pelbagai bangsa dalam BN.Sebaliknya dalam pakatan pembangkang tiada pilihan melainkan hanya dapat memilih parti yang hanya memiliki satu sistem keahlian yang sama.Sistem perpaduan BN dapat disimpulkan dengan tujuh warna pelangi yang berbeza digabungkan menjadi sebuah pelangi (BN) yang Indah berbanding dengan sistem perpaduan pakatan pembangkang yang berlandaskan kepada tujuh warna pelangi yang berbeza kesemuanya diserapkan menjadi satu warna iaitu Blackout.
Etnik dan kaum minoriti akan ketinggalan dalam sistem pembangkang
Kita harus menyedari hakikat bahawa kaum Melayu merupakan kaum majoriti dengan menguasai lebih daripada 60 peratus komposisi kaum di negara ini.Kaum Cina pula kedua tertinggi dengan komposisi 26 peratus.
Kita perlu ingat sekiranya kita hendak berbicara tentang pelbagai kaum maka kesemua suku kaum etnik di Malaysia juga perlu kita pertahankan.Dalam sistem politik pakatan pembangkang suku etnik minoriti tidak mempunyai suara.Oleh itu,hanya seorang atau orang India yang berjaya menembusi organisasi pusat dan negeri DAP dan PKR serta tiada seorang wakil daripada suku etnik Sabah dan Sarawak yang berjaya mendapat sebarang tempat sama ada di dalam PKR,Pas mahupun DAP.Adakah mungkin disebabkan faktor ini pakatan pembangkang tidak berani menampilkan Kabinet bayangan mereka ??? Oleh itu,hanya menerusi sistem politik dan sistem parti pelbagai kaum dalam BN yang dapat menjamin setiap kaum dan etnik ada wakil dalam kerajaan.Walaupun kali ini lebih daripada 90 peratus masyarakat Cina yang terpengaruh dengan politik jijik,licik dan zalim Anwar,DAP dan Red Bean Army untuk mengundi pembangkang tetapi BN masih memilih dua wakil masyarakat Cina dalam Kabinet.Keadaan ini agak berbeza dengan DAP apabila Selangor menang dengan lebih daripada 50 peratus pengundi India tetapi pada awalnya Teresa Kok meminta kuota kerusi Exco DAP yang 100 peratus perlu diberikan kepada wakil Cina DAP.
UMNO lebih sudi berkongsi kuasa dengan bukan Melayu
Statistik dan kajian menunjukkan pengundi Melayu sudah beralih kembali kepada BN apabila Lim Guan Eng cuba membangkitkan isu Kalimah Allah demi mendapat undi dan sokongan Kristian tetapi BN juga akhirnya atas semangat perkongsian kuasa meletakan 14 calon bukan Melayu berbanding dengan pakatan pembangkang.Bagaimana pula dengan pembangkang ??? DAP meletakkan dua calon mereka untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.Sebagai contohnya Parlimen Raub dan Pas pula meletakkan calon Kelab Penyokong PAS mereka untuk menentang calon Cina MCA iaitu Datuk Wee Ka Siong di Johor.Oleh itu, perjuangan pelbagai kaum DAP, Pas dan PKR hanya sandiwara semata-mata.
Kaum bukan Melayu ditipu (terutamanya Cina)
Dalam BN semasa pemerintahan Datuk Seri Najib setiap sekolah vernakular mendapat RM100 juta setiap tahun berbanding dengan manifesto pakatan pembangkang yang menjanjikan RM220 juta kepada empat jenis sekolah dan keadaan ini bermakna setiap sekolah hanya akan mendapat RM55 juta setahun.Selepas pakatan pembangkang memerintah di Kedah kuota perumahan bumiputera meningkat daripada 30 peratus kepada 70 peratus.Dahulu bila BN memerintah hanya 30 peratus,mereka kata UMNO membuli orang Cina tetapi kini apabila pakatan pembangkang memerintah dan menetapkan kadar kadar 70 peratus mereka pula beranggapan pembangkang adalah parti pelbagai kaum ???
Tiada juga sebarang geran tanah (land title) diberikan kepada tanah perkuburan Cina,India dan juga kuil Hindu mahupun Tokong Buddha di keempat-empat buah negeri yang pakatan pembangkang menang pada PRU-12 (Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan ) berbanding pula dengan rakyat bukan Melayu boleh memperolehinya daripada kerajaan BN.Oleh sebab itu fakta dan persepsi politik rasisme adalah dua perkara yang amat berbeza sekali.
Kita bandingkan sahaja antara manifesto BN dan pembangkang.Dalam manifesto BN ada peruntukan untuk sebuah rumah ibadat tetapi dalam manifesto pembangkang hanya untuk satu agama sahaja.
Masa depan masyarakat Cina gelap angkara DAP
Pada pendapat peribadi saya,DAP bukanlah pejuang Cina seperti yang dipercayai umum. Bagi saya, DAP sebenarnya pengkhianat Cina yang sebenar. Mereka menipu dan memperdaya masyarakat Cina seolah-olah mereka boleh menang. Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar masyarakat Cina memperjudikan masa depan mereka untuk mengundi DAP secara beramai - ramai sehingga pertama kalinya dalam sejarah Malaysia,masyarakat Cina hilang pengaruh dalam kerajaan.Dalam sejarah politik Malaysia masyarakat Cina merupakan suara kedua terbesar dalam kerajaan selepas kaum Melayu.Permainan zalim dan licik Red Bean Army akhirnya menyebabkan pertama kalinya komposisi Cina dalam kerajaan adalah paling kurang sekali dalam sejarah negara selepas wakil daripada Sabah dan Sarawak dan juga kaum India.
Mungkin ada dalam kalangan masyarakat Cina yang menyesal terperangkap dengan politik kotor Anwar,DAP,pembangkang dan Red Bean Army.Lanjutan itu pada perhimpunan 505 yang terbaharu kurang daripada 10 peratus masyarakat Cina menyertainya.Diharapkan 80 peratus Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut juga seharusnya membuka mata dan kembali ke pangkal jalan.Pemimpin yang baik dan sayangkan anda tidak akan sesekali menyuruh kalian untuk berani mati di jalanan hanya demi membantu mereka mencapai hasrat politik mereka. Jika pada PRU-12 lebih daripada 80 peratus masyarakat India menghukum BN dan kurang daripada lima tahun kini 60 peratus kembali menyokong BN maka baik orang Melayu,Cina dan pelbagai lagi suku kaum rakyat Malaysia yang lain tidak seharusnya terperangkap dengan propaganda dan persepsi palsu yang dicipta oleh pembangkang.Demi perpaduan dan semangat kepelbagaian kaum yang sebenar,maka BN masih lagi harus menjadi pilihan.Ia berdasarkan kepada fakta dan statistik bagaimana golongan minoriti lain mempunyai wakil dalam BN berbanding pembangkang yang akan melesapkan suara-suara tersebut.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Umno mesti beranding 60% kerusi parlimen dan keatas untuk menjadi kerajaan yang kukuh. Mca sudah tdk boleh diharapkan lagi untuk kemenangan BN
pru 13 memberi seribu cerita.. alhamdulillah melayu terjaga dr tido sekian lama.. kini bangkit.. org melayu akan bangkit sendiri dr bawah.. yg atas tdk lagi boleh buat sesuka hati mcm dulu. dunia tanpa sempadan.. org melayu tdk lagi percaya kat cina..
Post a Comment