Ahli Parlimen Simpang Renggam,Liang Teck Meng menarik perhatian ramai di Parlimen apabila mempersoal kesahihan maklumat mengenai pemilikan 20 akaun luar negara bernilai ratusan juta oleh Ketua Pembangkang ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri.9 daripada akaun tersebut dikatakan berada di Israel National Bank.Anwar Ibrahim pantas menafikan perkara tersebut serta menuduh ia sebagai maklumat palsu yang sengaja direka oleh blog-blog pro-UMNO.Katanya,perkara itu tidak terdapat di dalam Wikileaks malah maklumat peribadi seperti nombor passportnya juga salah.Anwar bagaimanapun memberi peluang kepada Teck Meng untuk membuat penjelasan berhubung pendedahan itu dan sekiranya gagal,beliau akan merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.Sebagai rakyat yang memerhati,penjelasan seharusnya datang dari pihak Anwar,bukan Teck Meng.
Teck Meng sekadar merujuk kepada maklumat yang didapatinya di internet dan meminta agar siasatan dilakukan bukannya menuduh Anwar yang bukan-bukan.Menurut Teck Meng,perkara sebegitu bukannya kecil memandangkan ia melibatkan kuasa asing sekali gus kedaulatan negara.Lagipun,penglibatan Anwar dengan kuasa asing sudah terlalu kerap diperkatakan antaranya melalui SUARAM.Selain itu,bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla juga ada menyebut berkenaan perkaitan ‘Washington’ dalam bantahan keputusan PRU-13.Justeru,Teck Meng tidak perlu meminta maaf atau membela diri tetapi Anwar yang perlu menjelaskan secara terperinci.Perlu diingatkan bahawa pihak Anwar pernah menggunakan taktik kotor untuk menuduh Tun Mahathir sebagai mempunyai akaun di Israel juga. Maklumat tersebut disebarkan oleh pihak Anwar dengan mereka-reka nombor akaun palsu dengan harapan rakyat akan terpedaya.Walaubagaimanapun,mengaitkan Tun Mahathir yang menjadi musuh utama Israel merupakan satu strategi pembohongan yang lucu.Tiada siapa pun yang terpedaya dengan pembohongan ini kecuali mereka-mereka yang telah mabuk dipuja Anwar.
Berbeza dengan Anwar,hubungan Anwar dengan Israel atau kuasa asing begitu terserlah.Anwar secara terbuka merujuk AlGore dan Wolfowitz iaitu penyembelih umat Islam, sebagai sahabatnya.Bantuan dan sokongan yang kedua mereka berikan kepada Anwar ketika di penjara dan selepas dibebaskan, bukan lagi rahsia.Malah,kedudukan Anwar dalam beberapa pertubuhan berkaitan Israel/Zionis telah pun diketahui umum.Anwar juga telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang menyatakan sokongan kepada penubuhan Negara Israel.Akhbar Jerusalem Post pernah beberapa kali memberi sokongan terbuka kepada Anwar dengan menjulang beliau sebagai pemimpin rantau Asia.Suatu ketika,Anwar terpaksa mengadakan ‘apology tour’ mengadap merafak sembah ampun dan maaf terhadap tokoh-tokoh Zionis apabila tersasul mengecam pencerobohan Israel terhadap Palestine dalam keghairahannya untuk meraih sokongan umat Islam di Malaysia.
‘Tangan-tangan Anwar’ seperti yang disebut oleh Teck Meng,iaitu SUARAM sudah pun terkantoi sebagai agen asing.Selain SUARAM,BERSIH yang turut membantu perjuangan Anwar juga telah mengaku sebagai menerima dana asing.Pun begitu,tanpa semua maklumat ini Anwar masih perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang tidak putus-putus untuk menampung kehidupan mewah keluarganya.Melihat dari aktiviti Anwar yang keluar masuk dari satu negara ke satu negara dan tinggal di hotel-hotel mewah,dengan sendirinya menimbulkan persoalan tentang pendapatan sebenarnya.Itu tidak lagi mencakupi perbelanjaan lain seperti beberapa orang pengawal keselamatan dan jet peribadi.Jika semua perbelanjaan ini bukan datang dari poket Anwar,dari poket siapa ??? Siapakah yang begitu kaya dan begitu ‘menyayangi’ Anwar sehingga sanggup menaja kehidupannya sekeluarga sehingga melebihi taraf kehidupan seorang Perdana Menteri ??? Inilah jawapan yang Anwar perlu berikan kepada Teck Meng dan inilah jawapan yang dinanti-nanti oleh rakyat.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Saya hairan kenapa AP Gerakan Liang Teck Meng, hanya menyerang Anwar (yang memang patut dikutuk) tetapi tidak mengutuk sama, DAPenyangak/Bukan Islam PKR – dan banyak NGO-NGO, gereja-gereja Kristian Zionis dan media-media mereka, yang menerima tajaan Barat-Israel. Adakah kerana Liang ingin mengalih perhatian kita terhadap pengkhianat Bukan Islam dari DAP/PKR – terutamanya puak Kristian Zionis, yang juga amat merbahaya bagi NEGARA ISLAM kita ini (fahaman Kristian Zionis ialah gabungan doktrin Kristian Protestant palsu dengan pengganas Yahudi Zionis untuk menjatuhkan Islam, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah termasuk Mekah di masa hadapan, dan seluruh dunia Islam yang kaya minyak-gas)!
Sila lihat di http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439, Malaysia: Failure of U.S. to Subvert the Elections and Install a “Proxy Regime”: US “Pivot” Toward Asia Trips in Malaysia, By Tony Cartalucci, Global Research, May 09, 2013:
….However, an election monitoring organization funded by a foreign government which openly seeks to remove the current ruling party from Malaysia in favor of long-time Wall Street servant Anwar Ibrahim is most certainly not “independent.”
The ties between Anwar Ibrahim’s “People’s Alliance” and the US State Department don’t end with the Merdeka Center, but continue into the opposition’s street movement, “Bersih.” Claiming to fight for “clean and fair” elections, Bersih in reality is a vehicle designed to mobilize street protests on behalf of Anwar’s opposition party. Bersih’s alleged leader, Ambiga Sreenevasan, has admitted herself that her organization has received cash directly from the United States via the National Endowment for Democracy’s National Democratic Institute (NDI), and convicted criminal George Soros’ Open Society.
The Malaysian Insider reported on June 27, 2011 that Bersih leader Ambiga Sreenevassan:
“…admitted to Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — for other projects, which she stressed were unrelated to the July 9 march.”……
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)
sebab ibu segala masalah dlm negara.
Post a Comment