Social Icons

Pages

Thursday, July 11, 2013

HOT NEWS !!! KEJATUHAN MORSI !!! SAH !!! BARAT DI BELAKANG TINDAKAN ANARKI !!!


Akhbar Sinar Harian membawa khabar yang sedang bertiup kencang di Mesir iaitu mengenai bakal pemimpin baru negara itu.Nama yang disebut-sebut ialah ElBaradei yang terkenal sebagai sekutu kepada Amerika Syarikat.Turut terdedah bagaimana hanya satu SMS dari Amerika sahaja berjaya membuat Mursi mengalah dan turun dari takhta walaupun sebelum itu beliau cuba bertahan dengan menempelak Duta Amerika ke Mesir agar jangan mencampuri urusan negaranya.Kejatuhan Mursi dikatakan didalangi oleh ‘orang-orang sekelilingnya’ terutama Jeneral Abdel Fattah yang menerajui angkatan tentera.Selebihnya,ia dirancang secara teratur dengan menggunakan parti-parti politik pembangkang dan atas pagar.Perancangan dilihat sebagai menjurus kepada menaikkan Elbaradei sebagai Perdana Menteri.Elbaradei merupakan Muslim pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah IAEA yang mana kemudiannya diberi tanggungjawab untuk mencari ‘bukti’ di Iraq bagi menutup kesilapan Amerika menceroboh negara itu. 

Beliau juga pernah menerima Anugerah Nobel Keamanan atas tugas-tugas tersebut.Kita sedia maklum bahawa Anugerah Nobel bertaraf dunia hanya diberi kepada mereka-mereka yang pro-barat sahaja walaupun kadangkala sumbangan mereka tidaklah sebesar mana dalam bidang yang berkenaan.Apa yang berlaku di Mesir perlu direnung dalam-dalam oleh penyokong pembangkang dan juga kepimpinan Malaysia.Ternyata,segala tuduhan mengenai campurtangan asing dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan bukanlah cerita dongeng semata-mata.Sudah tentu ada sebabnya kenapa Amerika Syarikat ingin kita memilih parti atau orang tertentu, serta menentang parti atau orang tertentu sebagai pemerintah negara.Adalah tidak mungkin Amerika berbuat begitu kerana hanya inginkan ‘kesejahteraan’ ke atas kita semua.Malaysia juga sering diganggu kalaupun tidak diancam oleh demonstrasi dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menggulingkan kerajaan.Dan bukan kita tidak tahu bahawa PR menerima dana asing melalui NGO yang didalangi mereka seperti BERSIH dan SUARAM.Siri-siri demonstrasi PR juga jelas digerakkan secara tersusun dan terancang rapi termasuk mencipta elemen ‘pencetus’ yang dibakar di laman-laman sosial. Ini semua menjelaskan bahawa PR dibantu oleh satu pihak yang canggih dengan dana tanpa had. 

Ironi sekali kerana sebelum Mursi tumbang,beliau pernah menyuarakan keinginan untuk belajar dari Malaysia tetapi kini,apa yang lebih tepat ialah Malaysia wajib belajar dari kejatuhannya.Jika Mursi dikatakan dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan yang didalangi Amerika kerana pendekatan ‘Islamiknya’,maka kita wajar menilai semula pendekatan Islamik PAS.Ini kerana,jika benar PAS begitu Islamik,tidak mungkin Amerika akan membantu PR menggulingkan kerajaan ??? Takkanlah Amerika sanggup membiarkan mana-mana negara di dunia diperintah oleh parti yang ‘Islamik’ seperti PAS,mahupun parti yang bekerjasama dengan parti Islamik seperti PR.Satu-satunya jawapan kenapa Amerika lebih suka PAS memerintah Malaysia bersama PKR dan DAP adalah kerana mereka tahu bahawa ‘Islamik’ PAS adalah palsu.Mereka juga tahu PAS tidak punya kuasa dan kebijaksanaan untuk memahami apatah lagi menangkis kelicikan mereka. 

Justeru,bagi Amerika,Malaysia di bawah PR iaitu PAS,DAP dan PKR adalah lebih mudah untuk dikawal daripada di bawah BN.Namun begitu,Amerika sentiasa mempunyai perancangan ‘back-up’ sekiranya demonstrasi jalanan gagal untuk mencapai matlamatnya.Caranya ialah dengan memastikan parti pemerintah ditembusi oleh agen-agen mereka.Dan inilah yang berlaku kepada Mursi apabila orang-orang dipercayainya adalah agen-agen yang sebenarnya merancang kejatuhannya.Agen-agen Amerika ini akan memastikan pemerintah membuat keputusan dan tindakan yang salah dan bakal menimbulkan kemarahan rakyat.Di masa yang sama juga mereka akan memastikan kerajaan mengubah dasar-dasar serta akta-akta bagi menguntungkan atau memberi kemudahan kepada pihak asing atau sekadar untuk melakukan lebih banyak kemusnahan bagi memburukkan keadaan.Apabila keadaan semakin buruk,rakyat akhirnya akan menyalahkan pemerintah. Pada waktu ini, pihak-pihak tertentu akan memainkan peranan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat sehingga mereka bangun memberontak untuk menggulingkan kerajaan.Keadaan yang huru-hara akan memungkinkan Amerika masuk campur secara langsung sepertimana yang berlaku di Mesir.Campurtangan ini kemudiannya pasti akan membawa kepada penguasaan dan penyerahan sepenuhnya kepada dasar-dasar ekonomi dan sosial yang ditentukan oleh kuasa besar itu.Dengan senario politik di Malaysia,bolehlah dikatakan bahawa perancangan asal iaitu untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi seperti di Mesir telah tidak berjaya buat masa ini.Namun,tidak mustahil perancangan ‘back-up’ sebenarnya sedang berjalan tanpa kita menyedarinya.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Mengikut catatan berita hari ini melaporkan El Baradei diberikan jawatan sebagai sebagai Naib Presiden Sementara. Ini membolehkan beliau bertanding sebagai Presiden Mesir apabila perlembagaan baru diumumkan nanti. Manakala jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Hazem al-Beblawi yang akan membentuk kabinet.


Ikuti juga ulasan saya bertajuk, "krisis politik Mesir : tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II"

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

 
 
Blogger Templates