Social Icons

Pages

Monday, July 15, 2013

HOT NEWS !!! PEMBANGKANG BERBUKA PUASA DENGAN FITNAH BERSAMA SUARAM DAN KEMUKA SAKSI BARU !!! APA CERITA NI ???


saya tidak terkejut jika PR dan ‘kuncu-kuncunya’ ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka.ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan ‘Majlis Buka Puasa dan Makan Malam’ dengan tema Ops Scorpene.Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik,PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma. Antara ‘acara’ menarik ialah ‘penampilan khas saksi kes scorpene’.Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata. 

Ia tidak pernah menjadi ‘kes’ di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas,sejak dari awal lagi.Oleh itu,menyebutnya sebagai ‘kes’ juga merupakan satu penipuan.Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar,polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais,mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan.Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib.Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah. 

Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan ‘dengar cakap’ serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati.Ini membuktikan semua ‘saksi’ yang disebut tidak punya kredibiliti.Oleh itu,bagi SUARAM untuk menampilkan lagi ‘saksi’ dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan.Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah,maka mana datangnya lagi ‘saksi’ lain ??? Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh ‘saksi’ yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak? Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel,Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM.Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu ??? Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka ??? 

Seperti yang kita tahu,SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros dan kita juga tahu bahawa tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai ‘derma’ orang ramai.Kerana itulah,SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan. Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM.Bayangkan,bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk ‘pertukaran rejim’ telah dengan biadapnya menggunakan nama ‘Ramadhan’ dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ada produk atau barangan untuk dijual?

Ada perniagaan atau perkhidmatan untuk dihebahkan?

Ingin membeli atau melihat pelbagai jenis produk dan barangan

Layarilah www.produkmuslim.info

Daftar segera ia percuma

Terima kasih

 
 
Blogger Templates