Laman web AIDC melaporkan Sidang DUN Pahang yang menyaksikan Pengerusi DAP negeri itu,Leong Ngah Ngah menyalahkan MCA kerana memboikot jawatan ke kabinet.Menurut beliau,tindakan tersebut mengakibatkan pembelaan nasib kaum Cina terjejas.Datuk Lau Lee,wakil MCA DUN Damak membidas DAP sebagai mencampuri urusan dalam parti lain.Beliau kemudian menegaskan bahawa jentera MCA di peringkat cawangan,bahagian dan negeri masih punya cara untuk berkhidmat kepada masyarakat Cina.Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawatan adalah sebagai memikul tanggungjawab sepenuhnya atas prestasi buruk parti itu dalam PRU yang lalu.Secara tidak langsung,kenyataan Leong ini bolehlah disifatkan sebagai pengakuan rasmi bahawa kaum Cina telah tersalah membuat perhitungan dalam mengira untung-rugi dalam PRU yang lalu. Ia juga membuktikan bahawa mereka telah tersilap memandang rendah terhadap kebijaksanaan orang Melayu.Sangka mereka,mereka telah berjaya memperkudakan PAS dan PKR untuk memperdaya orang-orang Melayu agar memilih kedua-dua parti itu.Namun,apa yang berlaku ialah Melayu masih bersama UMNO dan Cina semuanya lari kepada DAP.Selebihnya,Melayu liberal bersama PKR manakala Melayu benak bersama PAS.
Dengan hakikat ini,saya tidak boleh mengenepikan kemungkinan MCA dan DAP hanya bermain opera Cina di mana DAP membawa watak tukang hentam dan MCA membawa watak lemah dan membela diri.Sebenarnya,watak ini telah lama dimainkan mereka bagi mendesak kepimpinan BN agar akur kepada kehendak DAP.Gambaran yang ingin dipaparkan mereka ialah MCA tidak mampu berbuat apa-apa selagi segala tuntutan DAP tidak dipenuhi kerana DAP mewakili suara hati sebenar kaum Cina.Jadi,apabila DAP memarahi MCA kerana tidak menerima jawatan kabinet dan membela kaum Cina,maka MCA akan mendesak kepimpinan untuk terus membela kaum Cina walaupun hakikatnya,tiada wakil kaum itu yang punya kuasa dalam kabinet.Akhirnya,dengan atau tanpa jawatan di kabinet,kaum Cina tetap akan dibela,suara mereka tetap didengar serta terus menerima keistimewaan seadanya.Sedar atau tidak,inilah yang MCA dan DAP cuba buktikan,iaitu bahawa mereka punya kuasa untuk menentukan hala tuju negara melebihi kaum majoriti sendiri.
Mereka tidak perlu gila jawatan dan mereka tidak perlukan kedudukan rasmi, cukup dengan suara yang lantang dan perpaduan yang jitu antara mereka.Contoh mudah,walaupun mereka tiada kuasa di kabinet,kita masih lagi tidak dapat bertindak tegas menghapuskan bom jangka kemusnahan Malaysia iaitu Sekolah Vernakular.Sedangkan,inilah punca segala masalah penindasan terhadap bumiputera di sektor swasta,punca terjadinya balas membalas sabotaj,dendam kesumat,kebencian,prasangka malah ancaman terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.Selagi bumiputera terancam,selagi itulah Hak Istimewa Bumiputera perlu dipertahankan dan selagi itulah Malaysia akan berada dalam keadaan rapuh.Persoalannya,kenapakah keadaan ini perlu berterusan ??? Apakah tanpa kuasa di kabinet juga kaum chauvinis dan rasis ini tetap menguasai negara ???
Ingatlah,kaum ini tidak pernah memikirkan tentang aspirasi negara ataupun roh Malaysia atau identiti,jatidiri atau apa saja.Hanya satu saja di minda mereka iaitu ‘untung’.Kita bukan dengki jika mereka untung,cuma janganlah sampai kita yang rugi.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
nah zhe li ah jis wakil ap padang rengas adalah wakil mereka (puak kuning) dalam parlimen ...
manakala kitol jahanam melalui setiausaha dari dap merupakan proksi puak kuning dalam parlimen ...
dengan itu puak kuning tidak memerlukan wakil dalam parlimen untuk membela nasib mereka ...
kedua-dua mereka diketuai oleh ah jib (must) gol ...
dan ini menguatkan lagi kuasa puak kuning dalam parlimen ...
Post a Comment