Social Icons

Pages

Saturday, July 06, 2013

EKSKLUSIF !!! SIAPA SEBENARNYA YANG BOHONG RAKYAT MALAYSIA ??? ANWAR IBRAHIM ??? MERDEKA ONLINE ATAU JUSUF KALLA ???


Wawancara bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla dengan Merdeka Online meletakkan Anwar dalam keadaan gelisah.Ini kerana wawancara tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Anwar antaranya,Anwar adalah alat kepada pihak asing,Anwar terdesak sehingga mencadangkan perjanjian dengan Datuk Seri Najib,Anwar seorang penipu dan juga Anwar sudah gila.Bagi membela diri,Anwar membuat kenyataan di dalam Nanyang Siang Pau bahawa semua itu tidak benar iaitu bahawa Jusuf Kalla tidak pernah membuat kenyataan buruk mengenai Anwar serta tidak pernah diwawancara oleh Merdeka Online.Katanya,beliau sendiri telah mengesahkannyan dengan bekas Naib Presiden Indonesia itu.Anwar seharusnya lebih tahu bahawa penafian seharusnya datang dari pihak Jusuf Kalla,bukan Anwar.Ini kerana Merdeka Online melaporkan kata-kata Jusuf Kalla bukan Anwar.Oleh itu,benar atau tidak laporan tersebut,hanya Jusuf Kalla saja yang mampu mengesahkannya.Malah,Jusuf Kalla juga boleh menyaman Merdeka Online jika terbukti laman tersebut berbohong. 

saya tahu,tentu pedih sekali untuk Anwar menerima kenyataan bahawa orang yang dipercayainya,yang dirujuk dan digunakan sebagai perantara,rupanya mempunyai pendapat yang begitu buruk terhadap dirinya.Lebih memeritkan lagi sekiranya Jusuf Kalla sememangnya bersetuju agar pendapatnya mengenai Anwar itu disiarkan di laman web untuk dibaca oleh semua orang.Apa yang pasti,sebagai pemerhati, wawancara yang disiarkan oleh Merdeka Online tampak asli berdasarkan susun atur ayat yang tidak terancang.Selain itu pendedahan pembabitan Filipina dan Turki secara dekat dengan Anwar merupakan satu maklumat baru yang tidak mengejutkan.Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin kedua negara itu bukanlah rahsia tetapi selama ini jarang sekali yang mengaitkan kedua negara itu secara langsung dalam aktiviti Anwar di dalam negara. 

Yang sering dikaitkan dengan Anwar hanyalah pihak Amerika dan Zionis,Oleh itu,saya berpendapat maklumat seperti ini bukan boleh direka-reka tetapi harus datang dari sumber yang benar-benar mengetahuinya seperti Jusuf Kalla.Perbincangan mengenai masa depan Nurul Izzah pula menunjukkan yang ia merupakan satu perbualan yang jujur antara dua orang sahabat lama dan sebagai wartawan,Merdeka Online tidak akan mampu mengada-adakan perkara sebegitu.Apapun,ini hanya pendapat dan pandangan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian.Seperti yang dikatakan tadi,kebenaran hanya boleh disahkan oleh Jusuf Kalla sendiri.Penafian Anwar adalah tidak bernilai sama sekali kerana Anwar mampu menafikan apa saja walaupun terdapat video jelas yang mengesahkan setiap inci batang tubuhnya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates