Social Icons

Pages

Wednesday, July 17, 2013

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! RUPANYA ANWAR IBRAHIM KEMUKA SIJIL CUTI SAKIT PALSU DI MAHKAMAH !!!


Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim,Yuktesvaran Malaipan atau Yuktes Vijay membuat laporan di Balai Polis Travers terhadap Ketua Pembangkang PR yang didakwa telah mengemukakan dokumen cuti sakit palsu di mahkamah pada 3 September 2012 untuk membolehkan penangguhan prosiding berkaitan dengan kes mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0.Yuktes Vijay dilaporkan Mstar berkata beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbang akan keselamatannya dan tidak mahu apa-apa masalah timbul. “Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berdiam diri selepas Anwar mendakwa keputusan pilihan raya kali ini telah dirancang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di balai polis itu. 


Beliau berkata dia telah menyerahkan bukti yang MC palsu itu kepada pihak polis ketika dia membuat laporan polis. “Apa yang Anwar lakukan ialah sumpah bohong dan beliau wajar didenda di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan,” katanya.Kes mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0,Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen,Kuala Lumpur bersama-sama dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).Mereka bertiga mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka pada Mei tahun lalu.Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2011, kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dengan niat untuk melanggar arahan yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf pada 26 April,yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka daripada 28 April hingga 1 Mei.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates