Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yang disyaki sebelum ini merupakan individu yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri iaitu Razak Baginda.Dari situ,pembangkang mengambil kesempatan untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri,Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut.Cerita awal yang disebarkan oleh pembangkang ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan,mengarahkan dan menontonnya sendiri.Kononnya,beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.Namun,cerita ini terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib masing-masing mempunyai alibi yang kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan dengan beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita.Cerita ini juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra Kamaruddin.Oleh itu,pembangkang terpaksa menukar cerita kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yang mempunyai hubungan dengan Altantuya.Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dengan ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan letupan.Namun,cerita ini juga gagal mengaitkan Datuk Seri Najib secara langsung.
Maka,pembangkang mencipta pula kisah Altantuya menjadi penterjemah dalam urusan pembelian kapal selam scorpene dan Datuk Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah.Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari awal cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Najib.Apabila gagal melakukannya,mereka menukar dan menukar cerita itu berkali-kali agar nama Datuk Seri Najib dapat dikaitkan juga.Kebenaran tidak mungkin berubah atau bertukar-tukar.Oleh itu,cerita pembangkang yang berubah-ubah,dengan sendirinya membuktikan yang mereka berbohong.Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa pembangkang,khususnya,Anwar Ibrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh untuk menipu dengan mengaitkan nama Datuk Seri Najib sebagai dalang pembunuhan.Pendedahan ini dilakukan oleh bekas peguam Anwar,Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri.Bertitik tolak dari situ,Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tidak sanggup bersekongkol dalam taktik kotornya.Selain itu,kisah mengenai kaitan Datuk Seri Najib dengan Altantuya dan komisyen dari pembelian scorpene juga terbukti sebagai kisah dongeng yang tidak berasas sama sekali.Ini kerana Altantuya muncul dalam kisah ini dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai.Urusan pembelian scorpene juga tidak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tidak pernah menjejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusniaga berjalan. Ini disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian Luar Perancis.Lebih dari itu,kes scorpene yang kononnya sedang dibicarakan di mahkamah Perancis adalah sebenarnya tidak pernah wujud sama sekali sepertimana yang disahkan oleh Mahkamah Perancis sendiri.
Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan cerita mengenai senarai nama saksi yang bakal disapina.saya faham bahawa pembangkang ingin sangat agar nama Datuk Seri Najib tercemar.Tetapi,kenapa perlu berbohong berkali-kali dan mengulang-ulang pembohongan walaupun telah beberapa kali terkantoi ??? Siasatan telah membuktikan bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat.Malah,tertuduh sendiri tidak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar.Peguam tertuduh yang merupakan peguam Anwar sendiri tidak sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mengenakan Datuk Seri Najib sehingga memilih untuk meninggalkan Anwar dan saya juga tidak lupa bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dengannya semata-mata untuk mengaitkan Datuk Seri Najib dengan Altantuya.Maka saya tertanya-tanya,kenapakah begitu penting bagi pembangkang,khususnya Anwar,untuk mengaitkan kes ini dengan Datuk Seri Najib walaupun ia mustahil ???
Apa ada dengan kes ini ??? Kenapa pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar ???
Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan kedua-dua tertuduh.Hari ini,telah terbukti bahawa Datuk Seri Najib sememangnya tidak terlibat walau bagaimana hebatnya usaha pembangkang untuk mengaitkan beliau.Jika Datuk Seri Najib tidak terlibat,maka siapakah dalangnya ??? Untuk mencari dalang,kita perlu bertanya apakah motifnya ??? Atau siapakah yang memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya ???
Setakat yang saya tahu,satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang.Pembangkang telah menggunakan isu ini selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi memburukkan nama Datuk Seri Najib.Malah,isu ini juga membantu mereka mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM.Kesimpulannya,keuntungan yang diraih oleh pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik,tetapi juga dari segi kewangan.Dalam kata lain,hanya pembangkang mempunyai motif yang kukuh untuk membunuh Altantuya.Mungkinkah kes ini perlu dibongkar semula ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
13 comments:
kalau betul itu satu fitnah....kenapa tak saman pembangkang?
soalan ini telah disoal oleh ramai rakyat malaysia.
pembangkang susah nak disabitkan kes.. ibarat 'baling batu sembunyi tangan'!
Sekarang ni siapa siapa pun boleh jadi pembunuh. Pistol dan bom bukan hak milik polis dan tentera lagi. Pembunuh upahan geng o4 dan o8 mungkin pembunuh Altantuya hehehehe....
kita RAKYAT TERPINGGIR ni tak perlu susah2 nak pikior siapa yg jd dalang bunuh Altantuya sbb kes ni dah jd kes berprofil tinggi.....biarlah org yg lebih layak & sepatutnya jalankan tugas mereka
lagipun ada PM KISAH nak peningkan kepala cari siapa penjenayah sebenar?....dia sikitpun TAK KISAH utk saman sbb dia dah jalankan tanggungjawab dia dgn bersumpah:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=598291
lagipun keliling pinggang dia RAMAI PENASIHAT...terpulang pd penasihat samada nak jd PUNAHsihat, PUNAIsihat atau PENASIHAT dlm erti kata sebenar
@Anonymous 1,
Saya lebih bersetuju dengan pernyataan Anonymous 2, golongan PEMBANGKANG ni suka baling batu sembunyi tangan.
Lepas lempar fitnah, buat tak tahu je. Malah, PEMBANGKANG jauh lebih gemar menggunakan pihak ketiga di dalam perkara sebegini untuk mengelakkan dari diri mereka dipersalahkan.
@ Otak Geliga,
Well, kalau PM sendiri dah membuktikan dirinya tak bersalah pun, siap angkat sumpah lagi, golongan2 yang menuduhnya masih tak berpuas hati.
Nak saman? Tell me, jika anda adalah legal counsel kepada kerajaan, adakah anda Nampak cara untuk melibatkan pihak lain selain Raja Petra untuk anda memfailkan kes?
Setahu aku, kerajaan Malaysia dah cuba apa yang terdaya yang boleh mereka lakukan.
Bukan semua benda kita boleh dapat tahu kebenarannya. Cuba tanya diri sendiri. Setiap kali alat tulis anda hilang di zaman persekolahan, adakah anda tahu angkara siapa untuk setiap kejadian? Cuba realistik sikit.
.
.
.
Apapun, senang cerita camni la. Kita sendiri faham yang ini semua permainan lidah penyokong PEMBANGKANG (asyik ulang Altantuya, Altantuya di ceramah2 politik), maka apa kejadahnya kita nak mendokong mereka lagi. Cuba la guna logik sikit.
tapi tuan badut, dah baca laporan polis pengakuan Sirul? Cuba cek Monazmuslim Reviving The Truth. Harap respon ek lepas baca
haha.. x sangka ramai orang bodo kt malaysia ni... kalau semua suspek kes ni x bersalah so sape yg bunuh minah monggolia ni?? adakan dia saje saje nk letupkan diri dia pakai c4?? semua ni ade otak tp letak kt kaki kot.... xpe lah kalau lepas kt dunia tp nnt kt akhirat ko jawab la ngan allah...
Anwar tu sah-sah watak lelaki porno dalam adegan Cina Doll pun pembangkang boleh pusing cerita ini kan pula kes Altantunya.
Betul tu anon 10:22 PM, bagi yang bertimbun Harakah kat dalam rumah dan pelayar tetap blog2 cybertrooper Pakatan Roboh memang sukar untuk membuat kajian sendiri, sebab racun kepimpinan pakatan dah mengena pada pengguna2 internet yang dijadikan sasaran sejak kes ni bermula pada tahun 2006 lagi.
Yang akan menjawab diakhirat nnti sudah pasti adalah golongan yang membuat kebinasaan dan golongan yang dikurniakan akal oleh Allah SWT tetapi lalai dan malas untuk menggunakannya ketika berada di alam dunia.
Artikel ini bunyinya spt defensive. Kalau di mahkamah, nada ini dikemukakan oleh pihak yg tertuduh.
...mahkamah rakyat sdg berlangsung....berilah rosmah peluang bela diri...
Apa tadi??? Ibarat baling batu sembunyi tangan?? Ke ibarat baling spender sembunyi pepek??? Kau klau tk thu citer jgn sembang. Silap2 berkhatan pon blum ... nnti aku panggil raja bomoh tampr kau macam buaya
Nape bukak monazmuslim reviving the truth tu x boleh ek??? Ade sape2 simpan artikel tu x. Nk bce sgt. Plss
Sebenarnya kes ini mudah saja...yang bunuh atlantuya tu ialah sirul & Azilah...sebabnya ialah utk nak tutup rahsia & hapuskan bahan bukti kerana sebelum itu atlantuya telah dipaksa melakukan hubungan sex dgn kedua2 polis itu...that it!
Post a Comment