Social Icons

Pages

Thursday, August 01, 2013

HOT NEWS !!! 'THE NEW VILLAGE' FILEM PATRIOTIK ??? GILE KERRR ???


Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village,FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.Menurut FINAS,tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan.Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.Namun,sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.Lucu kerana saya tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina,iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis,‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan.Akibatnya,filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan. 

Ironinya,Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut,maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.Malah,semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda.Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.Filem ini dibuat dari kacamata komunis,iaitu musuh.Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya ??? Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman.Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira. 

Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut,musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan.Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya,fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah dan juga dari penduduk asalnya.Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga,bukan pejuang kemerdekaan.Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’.Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.Komunis bukan wira.Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  
Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan,komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun.Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya.Dalam tempoh itu,komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.MPAJA memperkenalkan cukai kepala,harta dan tanah.MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun.Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.Antara kejadian yang direkod : 

- Di Batu Pahat,penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun. 

- Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM 

- PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan pemberontakan 

- Di Jelebu,masjid dan surau dicemar dengan sengaja 

- PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik 

- Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil. 

Dalam kata lain,kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis.Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini,menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan,maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan.Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk.Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera dan mengharamkan terus The New Village ??? Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Komunis tidak percaya kepada Tuhan. Komunis sangat membenci Islam. Komunis benci Melayu sebab Melayu Islam.
Komunis Cina kafir harbi tetapi Cina bukan Komunis.
Cina awam dimanipulasi oleh Komunis untuk lawan Melayu Islam.
cina bukan lawan Melayu atau Melayu bukan lawan Cina
Komunis lawan Islam, Islam lawan Komunis.
Islam Jihad lawan Komunis

Melayu Islam

Anonymous said...

Badut Rakyat, kita jgn sekali mengagungkan mana-mana PENJAJAH PENGGANAS/PEROMPAK, mahupun yang Barat-Zionis, Jepun atau Cina Komunis! Penjajah British-Zionis (Zionisma telah wujud sejak 1870), walaupun tidak di Malaysia, telah membunuh/merompak berjuta rakyat Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal) dengan kejam di India, Australia, Canada, Amerika dan Africa. Bahkan penjajah British-Zionis ini ´lah yang membawa masuk bangsa PENDATANG Cina/India, lepas itu dipaksa pemimipin Islam/Melayu kita beri kerakyatan dengan begitu mudah sampai sejuta, serta mereka juga mendapat Singapura tak lama kemudian. Dan `tamadun` yang dibawa mereka - apakah Dunia Melayu/Islam kita sebelum kedatangan British, tak ada tamadun?!

Dan sekarang penjajah British-Zionis inilah bersama sekutu Barat-tempatannya, membunuh/merompak Dunia Islam/umatnya yang kaya minyak-gas, dgn. sesuka hati di Libya, Syria, Somalia, Palestin, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq dsbnya.

Maka, tamadun Barat-Zionis, Jepun dan Cina Komunis ini, yang membunuh/merompak dengan kejam Bumiputera kita, sepatutnya harus diPIJAK dan diLUDAH dalam sejarah; bukan diagungkan walau sedikit, termasuk dengan membandingkan antara mereka, di bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.







hangkedee said...

Negara asal orang cina berfahaman komunis. CINA Dapig mesti la komunis sahabat baik Pas pis pus pussy.Takebeer! bersama sama Dapig menghapuskan Islam.

 
 
Blogger Templates