Sejak dua tiga hari lalu,salah satu bilik mesyuarat di HQ PKR,sudah dirubah menjadi war room pemilihan UMNO.Pelik bin ajaib.PKR HQ ada war room pemilihan UMNO.Ini sudah kes terbalik kong.Siasat punya siasat,war room ini hanyalah bertujuan untuk melihat nama-nama baru yang berkemungkinan akan timbul daripada pemilihan UMNO akan datang.Baguslah,mereka pantau musuh.Bukan macam dalam kem UMNO sendiri,kita hanya ada kerjasama bila nak bunuh atau tanam orang tertentu.War Room untuk memantau pemilihan UMNO mempunyai senarai nama-nama yang dijangka gugur dengan sendiri,ataupun berhadapan dengan situasi perlawanan di peringkat bawah.Tidak ada usaha untuk turun ke bawah untuk gather data.Apa yang ada hanyalah pemantauan media baru,untuk memerhati sentimen dan perasaan ahli akar umbi.Arahan yang diberi Setiausaha Agung,tumpuan khas perlu diberikan kepada situasi di negeri Selangor,Pahang,Johor dan Terengganu.Apa alasan,tidak dimaklumkan.Senarai yang ada didinding HQ PKR cukup lengkap,siap dengan jumlah ahli UMNO di bahagian,wanita,puteri dan pemuda.Calon-calon berpotensi dan sebagainya.Kekuatan dan kelemahan Ketua Bahagian.Paling meriah apabila dibentangkan power point mengenai Selangor.Mereka pakat gelak dengan statement Khir Toyo bahawa UMNO boleh rampas semula Selangor.Bila tengok mapping yang ada,rasanya….lambat lagi.Kata sahabat di HQ, data mereka selari dengan data semasa UMNO Pusat,kerana mereka dapat dari sumber yang sama.Sumber yang sama? Siapa? Ini termasuk senarai Ketua-Ketua Cawangan (19,000) di seluruh negara,dengan talian telefon masing-masing.
Satu blog,Shah Alam rebels – dijadikan rujukan.
1. Sepang – Dato’ Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)
2. Selayang – Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)
3. Gombak – Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)
4. Ampang – Dato’ Ismail bin Kijo (kalah 4-0)
5. Pandan (kalah 4-0)
6. Hulu Langat – Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)
7. Serdang – Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)
8. Puchong - Dato’ Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)
9. Kelana Jaya – Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS
10. PJ Selatan – Raja Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik (kalah 3-0)
11. PJ Utara – Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Hj. Sujak (kalah 3-0)
12. Subang – Dato’Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.
13. Shah Alam – Dato’ Hj. Ahmad Nawawi bin Dato’ M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar – Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)
15. Klang – Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)
16. Kota Raja – Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)
17. Kuala Langat – Dato’ Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)
PKR HQ sangat berminat nak tahu sekiranya apa yang dinyatakan blog ini akan berlaku.Jika 17 Bahagian ini berdepan dengan pertukaran,apakah impak kepada pengundi.Ini tanda mereka study gerakan UMNO dan BN.Apa yang akan berlaku.Ada kajian senario.Ini baru war room yang pro aktif.Bayangkan apa yang boleh mereka lakukan dengan data dan statistik lengkap.Sedang UMNO masih lagi pakai cara lama.Belanja makan.Beri kain pelikat.Jenuh. - GA
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
PKR dan musuh dalam selimut... Pas ada Anwarinas mereka... Dlm UMNO pun ada Anwarinas juga... sedap ni kalu ada Anwarinas sebagai naib presiden UMNO...
Taktik dan strategi yg baik. Depa belajaq dr luaq...
UMNO guna cara lama & susah nak berubah (old school thingking) itu pasal susah nak menang & kebanyakan pemimpin pentingkan diri sendiri buktinya PRU13 kawasan boleh menang pun tewas itu bermakna rakyat & ahli UMNO protest pada pemimpin. Itu pun tak faham lagi ke. Tukar pemimpin baru yg berwibawa tentu hasil nya akan lebih berkesan.
Post a Comment