Social Icons

Pages

Saturday, September 07, 2013

BONGKAR !!! ELI KANGKANG PUNCA PENDUDUK LEMBAH KLANG TERPUTUS BEKALAN AIR !!!


Hujung minggu lepas hampir 60 peratus pengguna air di Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air.Ada yang mengalami masalah tersebut hanya sehari,ada yang dua hari dan tiga hari.Bergantung kepada kawasan yang mereka tinggal.Antara kawasan yang terlibat adalah,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Klang,Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.Masalah tersebut timbul berpunca daripada pencemaran diesel di bahagian hulu Sungai Selangor atau lebih tepat lagi di Rawang.Pengendali loji rawatan air terpaksa menutup muka sauk (punca air masuk ke loji rawatan) sehingga diesel yang tumpah dibersihkan.Jika pengendali loji terus memproses air yang dicemari diesel,maka kita semua akan mendapat air yang berbau.Selain dari itu ianya boleh merosakkan mesin-mesin yang digunakan untuk merawat air.Apabila mesin rosak kita akan menghadapi masalah bekalan air yang lebih lama kerana proses membaik pulih mesin-mesin tersebut memakan masa yang agak lama.Saya bukan nak bercerita bagaimana cara air dirawat cara membekal air atau cara menyalurkan air. 

Matlamat utama saya menulis perkara ini di sini adalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana kesetanan pemimpin PKR yang memerintah Selangor melepaskan diri mereka dan meletakkan kesalahan kepada orang lain.Jadi saya terpaksa berceritalah sikit sistem bekalan air di Selangor supaya anda jelas apa yang utama yang saya hendak sampaikan.Di Selangor apabila bercakap pasal air maka semua terus akan terlintas Syabas.Apabila tiada air hujung minggu lepas semua letakkan kesalahan kepada Syabas 100 peratus.Walhal yang sebaliknya Kerajaan Selangor yang menjadi punca utama 60 peratus penduduk Lembah Klang terputus bekalan air minggu lepas.Mungkin ada yang berkata,kenapa pula Kerajaan Selangor sedangkan semua orang tahu Syabas yang membekalkan air ? Inilah yang saya nak ceritakan....

Dalam soal membekal air kepada kita di Selangor dan KL sebanyak tiga pihak yang terlibat.

1) Kerajaan Selangor - Semua sungai-sungai dalam negeri Selangor yang menjadi punca bekalan air milik kerajaan negeri dan berada di bawah tanggungjawab mereka.

2) Pengendali loji rawatan - Pengendali loji rawatan ini terdiri dari tiga pihak,SPLASH,ABBAS dan PUNCAK NIAGA.Fungsi mereka adalah mengambil air mentah daripada Sungai Selangor dan merawat hingga bersih di loji-loji mereka dan menjualnya kepada Syabas. Untuk perhatian, Kerajaan Selangor memegang saham dalam SPLASH sebanyak 30 peratus melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

3) Syabas - Fungsi Syabas adalah membeli air-air yang telah dirawat oleh SPLASH, ABBAS dan PUNCAK NIAGA.Kemudian mereka bekalkan kepada kita.

Saya ulang sekali lagi, punca kita terputus bekalan hujung minggu lepas kerana Sungai Selangor dicemari diesel.Siapa yang bertanggungjawab menjaga Sungai Selangor ? Anda dah temui jawapannnya di atas.Inilah yang saya katakan kesetanan pemimpin PKR.Punca dari mereka,salah mereka,orang lain pula yang mereka tuding jari.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates