Social Icons

Pages

Friday, September 27, 2013

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! SALAH LAKU DI BAWAH TATAETIKA UMNO DIDEDAHKAN !!!


1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik : 

i. Berjanji memberi pangkat,anugerah,gelaran atau peluang perniagaan 
ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain 
iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi 
iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma,kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga 

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan : 

i. Terlibat dalam pergaduhan,bertumbuk atau membaling objek 
ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu 
iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan 

3. Menggunakan media untuk menyokong,memfitnah,mencela,mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti : 

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding 
ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji 

4. Memfitnah mana-mana ahli lain 

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen 

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon. 

7. Memberi sebarang bentuk derma,bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti

KEPADA CALON-CALON !!!

JANGAN LUPA IKUT !!!

LANTAK PI DENGAN PARTI LAIN !!!

JANJI HARUS DITEPATI !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

orang orang UMNO sedang sebok membuat penonjolan diri. digerai gerai dan restoran tertentu sudah pun menjadi kunjungan. agenda perbincangan ialah memuji dan mengeji calon disokong dan dilawan. agenda agama dan bangsa tidak kedengaran. orang UMNO sekarang nih dah tak kesah lagi asalkan mereka yang disokong tuh menang. mereka tak juga kesah kalau mereka yang disokong tuh membawa rebah.

mereka semuanya terlupa, terleka dan terlalai bahawa satu bencana dan malapetaka besar yang akan melanda untuk melenyapkan Islam dan Melayu tak lama lagi.

1MALAYSIA SPIRITUAL TOURISM PROJECT

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

...... dan sedar2, akan terbangunlah Bandaraya Himpunan Agama Kafir yang UNIK dan TERBESAR di dunia di Tanah Melayu ini.

Makanya disini saya MERAYU kepada semua pembaca agar dapat turut serta bersama saya MEMBANTAH projek mega ini.

http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kepada-para-pembaca-saya.html

http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/gempar-1malaysia-spiritual-tourism.html

http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kita-wajib-bantah-dimana.html

 
 
Blogger Templates