Social Icons

Pages

Sunday, September 22, 2013

HOT NEWS !!! HADI AWANG MAHU PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO ??? BETUL KER ??? PKR MACAM MANA ???


PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa,kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Katanya,PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. 

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah,rasuah dan ekonomi.Kalau kita diajak kita boleh pergi,kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena,di sini hari ini.Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam,PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran,hadis,ijmak ulama dan qiyas. "PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. 

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula,Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis. "Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya. - Astro Awani

Membaca kenyataan Hadi yang meletakkan syarat dengan menjadikan 4 rujukan yang terdiri dari Al-Quran, hadis,ijmak ulamak dan qiyas sebagai asas perbincangan, timbul persoalan samada syarat yang serupa menjadi asas perundingan antara PAS dengan PKR dan DAP ??? Sepatutnya Hadi mesti menyedari kesilapan, disamping menyesali dengan kedudukan Islam yang dibawa oleh PAS dalam PR.Hakikatnya,Islam bawaan PAS dalam PR bukan disederhanakan,tetapi ia telah direndahkan kedudukannya dalam pakatan berkenaan.

Namun demi agama dan bangsa,tawaran Hadi tidak harus diabaikan begitu sahaja, malah boleh diperluaskan melalui dialog bukan sahaja dengan UMNO, tetapi harus juga disertai oleh Pari Pesaka Bumiputera (PPB) Sarawak. Ini adalah amat penting dalam mendaulahkan Islam di Malaysia.Kenyataan Hadi tersebut,sekurang-kurangnya telah memberi isyarat kepada kita yang PAS,khususnya ulamak sudah tidak yakin kepada Anwar Ibrahim dan PKR dalam perjuangan meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya.

ANDA NAK LAGI YANG PANAS ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

First thing first. Rasanya isu utama ialah Bekerjasama. Jika ini boleh dimulakan, yang lain tu hanyalah akademik sahaja.

Pada masa ini politik mengatasi keperluan ummah (dibaca: Agama Islam/Bangsa Melayu). Jika Kerjasama terjalin, nanti segalanya boleh diurus dan diaturkan di atas kefahaman dan keperluan ummah yang berwadahkan ukhuwah.

Ayuh para pemimpin yang berkenaan, bangunlah dan kesampingkan semua remeh-temeh demi perkara yang lebih asas dan besar. Ini adalah juga suatu jihad. Bernawaitulah ke arah itu.

InsyaAllah usaha pemimpin-pemimpin semua diberkati Allah. Amiin ya Rabbal Alamiin.

 
 
Blogger Templates