Social Icons

Pages

Tuesday, October 08, 2013

BONGKAR !!! LEE KUAN YEW DAPAT SOKONGAN DARI KOMUNIS !!! WAJIB BACA !!!


LEE Kuan Yew (kanan) dan Lim Chin Siong berbincang untuk kempen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada awal 1960-an.

KETUA Parti Komunis Malaya (PKM),Chin Peng mendakwa kemunculan Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Singapura adalah kerana sokongan yang diberikan oleh elemen-elemen pro-komunis.Dalam dokumen rasmi diperolehi Utusan Malaysia yang memetik pemimpin komunis,Chin Peng menyifatkan Kuan Yew pada mulanya adalah 'elemen politik yang progresif' tetapi disebabkan cita-cita politiknya yang tinggi telah merubah sokongan politiknya terhadap elemen reaksioner.PKM memang menjadikan PAP iaitu parti pimpinan Kuan Yew bersama tiga parti lain sebagai sasaran untuk PKM menyusup masuk dengan meletakkan elemen pro-komunis memegang jawatan penting dalam parti. Chin Peng menyifatkan perpecahan elemen pro-komunis dari PAP pada 1961 untuk membentuk Barisan Sosialis Singapura (BSS) sebagai 'suatu tragedi' bagi usaha-usaha subversif Barisan Bersatu Komunis atau CUF untuk menguasai parti politik dari dalam di Tanah Melayu dan Singapura ketika itu. 

''Chin Peng menyalahkan Kuan Yew sebagai punca perpecahan di dalam PAP dan menyifatkannya sebagai tidak mengenang budi setelah ditekan oleh monopolis dan kapitalis asing supaya menyingkirkan elemen CUF dari PAP," kata bekas Pengerusi PKM,Musa Ahmad.Namun di sebalik perpecahan dalam PAP tersebut,PKM memutuskan untuk menjadikan BSS sebagai organisasi CUF untuk mencabar dan menentang pengaruh PAP.Pemimpin PKM itu juga kecewa dengan perubahan sikap pemimpin kesatuan sekerja berhaluan kiri Singapura,Lim Chin Siong sejak penahanannya pada 1963.Chin Siong dilihat semakin kurang menyokong komunis kesan daripada taktik diguna oleh Kuan Yew untuk meneutralisasikannya.Chin Peng menganggap penangkapan Chin Siong memberi peluang kepada Kuan Yew untuk melakukan eksperimen menggunakan insentif material sebagai kaedah meneutralisasi atau memenangi jiwa, elemen penting CUF. 

''Dalam satu perbualan, Chin Peng menyatakan dia tidak menyangka Chin Siong akan tunduk sebegitu mudah memandangkan latar belakang pendidikan Chinanya. Kes Chin Siong menjadi pengajaran besar bagi PKM," kata Musa.Berikutan kegagalan ketara gerakan bersenjata komunis di Tanah Melayu,Chin Peng merancang untuk kembali menggunakan taktik subversif dengan menyusupkan orang-orang komunis di dalam kesatuan sekerja dan parti-parti politik.Dalam konteks kegiatan kesatuan sekerja,Chin Peng mahu PKM mengembalikan kekuatan sebelum era-darurat di mana parti tersebut berjaya mendominasi kesatuan sekerja menerusi Persekutuan Kesatuan Sekerjaya Pan Malayan (PMFTU) yang dipimpin oleh Lum Swee,Abdullah CD dan S.A. Ganapapathy.Rekrut Chin Peng juga mahu supaya para intelektual di Universiti Nanyang Singapura direkrut untuk matlamat gerakan bawah tanah CUF dan elemen tersebut akan menjalin hubungan dengan elemen progresif di dalam kelab-kelab sosialis di Singapura dan juga di Universiti Malaya. Dalam mesyuarat pada pertengahan atau akhir 1963, satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM diadakan di Peking dipengerusikan oleh Chin Peng dan Siow Chong, Lau Li, Liew Yit Fan dan Musa Ahmad.

Antara topik yang dibicarakan ialah gerakan bawah tanah dan kegiatan CUF.Dalam mesyuarat itu,Chin Peng mengakui kesilapan besar yang dilakukan oleh PKM ialah menarik keluar semua kader-kader CUF di dalam organisasi supaya mengangkat senjata di dalam hutan,sekali gus meruntuhkan sama sekali gerakan bawah tanah komunis ketika itu.Matlamat membawa masuk elemen komunis tersebut hampir berjaya terutama parti PAP untuk mencetuskan kekecohan dan menganggu ketenteraman awam secara terancang serta mencetuskan krisis politik bagi memudahkan kembalinya PKM ke kancah politik negara. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Bagi orang lama yang mengikuti perkembangan politik sekitar Asean, memang teserlah kebenaran sejarah kejayaan LKY.
LKY gunakan Kesatuan Pekerja (Trade Unions) yang menyokong perjuangan komunis untuk naik menjadi pemimpin Singapore dan kemudian mencantas ketua-ketua Kesatuan Pekerja untuk menjadi PM. Antara yang dicantas termasuklah seorang Yahudi yang bernama David Marshall!

Anonymous said...

orang tamak akan berakhir dengan kerugian.

apakah tidak cukup dengan 90-95% peratus undian dari kaum sendiri?

apakah dengan adanya nostalgia komunis maka diharapkan sokongan akan melonjak jadi 100%?

 
 
Blogger Templates