Social Icons

Pages

Wednesday, October 30, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH SEBENAR ISU POTONG KAKI DAN SPIN PAS TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!


Semasa hayatnya beliau dicerca,dimaki,dilemparkan dengan pelbagai tuduhan,malah ada di kalangan mereka yang ingin ludah mukanya kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra pakatan’.Itu belum lagi dikira sumpah seranah yang dilemparkan,ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf ‘Buku Jingga’ yang dijadikan sebagai kitab rujukan tertinggi oleh pemimpin dan penyokong pakatan.Namun apabila beliau,telah meninggal dunia,nama Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak secara tiba-tiba menjadi harum bak kasturi dan menjadi sebutan di sana-sini.Malah sebarang kenyataan yang buruk yang dirasakan menghina akan segera mendapat pembelaan.Pelik bukan ??? Tetapi itulah realitinya,sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.Paling menarik mereka yang kononnya ingin membela dan mempertahankan maruah Allahyarham Azizan ini,adalah merupakan orang sama yang pernah mewujudkan gerakan bawah tanah untuk menjatuhkannya suatu ketika dahulu.

Hipokrit !!!! 

Itulah ayat yang paling sesuai dilabelkan kepada mereka-mereka ini.Masa hayat dihina dengan pelbagai cara,namun apabila telah meninggal dipuji dan di bela.Tapi yang menyedihkan pembelaan tersebut langsung tidak mencerminkan keikhlasan kerana ingin digunakan bagi menagih simpati pengundi.Terbaru Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mempertahankan Allahyarham Azizan.Dengan mata yang terbeliak dan riak muka yang dibuat-buat bengis Mahfuz cuba menggambarkan kemarahan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kencing manis.Menariknya apabila perkara itu dibangkitkan kepada penduduk di Kampung Dulang Besar,ramai yang hanya mampu senyum sumbing. 

“Pandai sungguh depa (mereka) ni main politik.Dulu masa Ustaz hidup,dok balun sakan.La ni bila dah takdaq (tidak ada) bukan main bela” ulas Pak Man yang ditemui.Muhyiddin sebelum ini dikatakan telah memberikan kenyataan berhubung pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagi mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan komplikasi potong kaki.Namun apabila diteliti ia adalah merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal.Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika mengulas berkata PAS mempolitikkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyakit kencing manis bekas menteri besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.Sehubungan itu,kata Mukhriz,Timbalan Perdana Menteri tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. “Saya berada di situ sewaktu beliau (Muhyiddin) berucap… Dia cuma sentuh mengenai Bajet 2014,kemudian membangkitkan isu pemansuhan subsidi gula dan antara lain mengenai masalah penyakit kencing manis.Penyakit kencing manis ini sangat berleluasa di negeri Kedah…itu sahaja niat beliau (Muhyiddin).Tidak ada langsung nak mengatakan apa pun selain daripada itu,” kata Mukhriz.itulah sebenarnya yang terjadi

ANDA NAK LIHAT VIDEO TERSEBUT ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates