Social Icons

Pages

Tuesday, October 01, 2013

HOT NEWS !!! CEC DAP DISELUBUNGI KEMEWAHAN DAN PERKAUMAN !!! WAJIB BACA !!!


Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang,One World,di Petaling Jaya kelmarin.Walaupun begitu,ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati.Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah ??? Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5 ??? Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi ??? Persoalan ketiga adalah lebih mengujakan iaitu tentang ketiadaan walau seorang pun wakil Melayu yang mampu meraih undi yang cukup untuk memegang jawatan utama dan kenapakah DAP masih tidak serik menipu dengan menggambarkan Zairil Khir Johari sebagai wakil Melayu ??? 

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya,arwah Tan Sri Khir Johari itu.Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina.Justeru,inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina.Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu,melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu.Sedangkan,hakikatnya,DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai ‘tidak dijangka’.Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal.Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri.

Justeru,tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.Sebenarnya,saya yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu.Kini,setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina,maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya.Jelas di sini,bahawa walau apapun terjadi,perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum.Dengan itu,biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai,namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi.Rakyat tidak mungkin akan lupa bahawa Lim Guan Eng tidak pernah mengaku salah memanipulasi undi dan soal 753 perwakilan yang tidak menerima notis sebelum ini masih belum terjawab.Lim Guan Eng juga dikatakan akan terus memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga ke 5 iaitu antara tercorot bagi seorang pemimpin dengan nama yang begitu besar.Zairil seorang Cina pula terus diwar-warkan sebagai wakil Melayu manakala mesyuarat pula diadakan dalam suasana penuh pembaziran.Kesimpulannya,DAP sudah tidak layak untuk bercakap atau menegur BN atau mana-mana parti dalam konteks amanah,ketelusan,keterbukaan dan apa pun jua lagi selepas ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Parti paling matang dalam konteks demokrasi adalah Demokrat di AS yang menyaksikan Obama menduduki kerusi presiden. Dap sering menoleh kepada Barat dan tentunya ia adalah tolehan yang tepat.

Cumanya kalau ada pihak mahu membandingkan antara Dap dan Demokrat, ia adalah ibarat langit dan bumi. Selebihnya kalau ada pihak dalam Dap berasakan bahawa dia adalah seumpama Obama dalam Demokrat dan dia bercita-cita untuk boleh sesuatu dalam Dap sebagaimana ingin capai apa yang Obama capai sesuatu dalam Demokrat, elok sangatlah dia melupakan cita-cita berkenaan.

Anonymous said...

Sudah amat jelas.sampai bila-bilapun parti DAP ini tidak akan membenarkan atau menerima walau seorangpun bangsa Melayu untuk memduduki salah satu kerusi tertinggi parti.Mereka pasti tdak mahu akan adanya penentangan keatas dasar parti yg akan mereka laksanakan sekiranya mereka berkuasa nanti,seperti penghapusan hak2 istimewa orang melayu,penghapusan raja2 melayu.agama rasmi,bahasa kebangsaan dan sebagainya.Sudah pastinyanya mereka berprasangka orang2 melayu didalam parti merekalah yg akan menentangnya nanti.Jadi tidak menghairankan sediktpun kenapa ahli2 berbangsa melayu tidak mendapat tempat.

 
 
Blogger Templates