Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan,pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959,mampu membendung kegiatan jenayah berat dengan lebih berkesan dan efektif.Beliau berkata,pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),Akta Kediaman Terhad (RRA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dilakukan kerajaan pada 2011,menyebabkan lebih banyak jenayah dahsyat berlaku dalam negara,sekali gus mengancam keselamatan rakyat.
“Jika kita buang ISA,penjenayah akan gunakan kesempatan itu untuk mereka lakukan jenayah yang lebih berat.Kita tiada pilihan lain,melainkan kembali kepada cara lama,” katanya ketika ditemui pada program ‘Walk-A Mile’ di Taman Tasik Titiwangsa,kelmarin.Dr Mahathir mengulas cadangan kerajaan meminda PCA,bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan awam.
Tahan tanpa tuduhan
Cadangan pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,pada 25 September lalu.Pembentangan peruntukan itu berikutan pemansuhan ISA,RRA dan EO yang membenarkan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau perbicaraan.Sementara itu,seramai 1,500 peserta menyertai acara jalan kaki ‘Walk-A Mile’ yang dianjurkan Yayasan Jantung Malaysia dan Nestle sempena Hari Jantung Sedunia.Acara jalan kaki sejauh 1.5 kilometer itu diadakan sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kesihatan jantung selain mempromosikan kaedah pencegahan penyakit kardiovaskular dan strok.Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,Presiden Yayasan Jantung Malaysia,Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Nestle,Alois Hofbaeur.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Salah guna internet bukanlah isu baru tetapi semakin berleluasa namun ia tidak dapat mengatasi kebaikan yang di bawa oleh internet.
Makanya tidak ada pihak yang rasional akan mengajukan cadangan supaya internet dihapuskan kerana didapati ada penyelewengan berterusan kerana meskipun mudah diselewengkan tetapi kebaikannya menjadikan internet sebagai wadah yang "indispensable".
Dalam konteks isu juga sama. undang-undang ketat dan tegas ke atas jenayah berat sepatutnya adalah indispensable meskipun terdedah kepada penyelewengan. dalam kata lain penyelewengan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menghapuskan apa jua sistem yang berjaya dalam mengekang aktiviti jenayah berat.
Bukankah lebih mudah atasi penyelewengan dengan satu kaedah tambahan kawalan kendiri atau pembetulan ke atas sebahagian akta berbanding penghapusan seluruh akta bagi tujuan untuk menghapuskan penyelewengan. apakah AS akan hapuskan aktiviti penjagaan keselamatan cuma kerana ianya telah didedahkan oleh Snowden. tak mungkin...
Post a Comment