Social Icons

Pages

Monday, October 14, 2013

HOT NEWS !!! ISU SAMSENG !!! DS @ZAHID_HAMIDI MEMBUAT PENGAKUAN KHAS !!! WAJIB BACA !!!



Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.Menurut beliau,tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas,kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.Saya perlu menegakkan hak asasi manusia.Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain,Ahmad Zahid berkata,beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.Jelas beliau,tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu,beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 
Post a Comment
 
 
Blogger Templates