Social Icons

Pages

Monday, October 14, 2013

HOT NEWS !!! ISU SAMSENG !!! DS @ZAHID_HAMIDI MEMBUAT PENGAKUAN KHAS !!! WAJIB BACA !!!



Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.Menurut beliau,tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas,kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.Saya perlu menegakkan hak asasi manusia.Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain,Ahmad Zahid berkata,beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.Jelas beliau,tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu,beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

6 comments:

Anonymous said...

kerja DAZH sudah cukup mendapa undi perwakil...tak macam org lama terpaksa minta tolong istana dan No 1,teruskan ketegasan ini datuk

Padi Jantan said...

LEPAS NI GILIRAN MENTERI PULAK... Insyaallah

Klik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=657238897643606 untuk maklumat lanjut :)

Anonymous said...

kalaulah ada pihak/negara yang menggunakan pendekatan "tarik rambut dalam tepung...rambut tidak putus dan tepung tidak berserakan" dalam usaha mengekang jenyaha terancang dan ganas tolonglah namakannya. AS? Britain? Rusia? Peranchis? China? Jepun? Singapura?

Anonymous said...

Mulut Mega tak akan dapat ditutup. Kalau berlembut akan dikatakan begini tetapi kalau bertegas akan dilabelkan begitu.

Di akhirnya hanya rakyat yang akan jadi penentu bagi siapa yang bekerja demi rakyat dan siapa yang beretorik untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata.




Anonymous said...

Kebiasaanya yg menentang menteri tu sebenarnya penjenayah negara, tangkap je terus, pastu buang kerakyatan...

Anonymous said...

congrat datuk
go to h### dgn konco yg nak mnegak benang basah dan nak cari political mileage dgn menyokong mereka atas alasan hak asasi. apa hak asasi kita yg 20 juta org ni utk nak hidup dlm aman.. sapa yg nak bela ?

to police force kudos.. mungkin KPN perlu jemput loyar2 belakang meja ni utk jadi front police masa ambush.. suruh dia masuk dulu nego dgn gangster tolong sua kaki utk polis tembak

 
 
Blogger Templates