KHEMAH yang menempatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Datuk Madi,Yan,Kedah kelmarin menjadi tumpuan.Ini memandangkan ia menjadi lokasi pertama bagi sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding dalam pemilihan Sabtu lalu berkumpul.Sudah pastilah tumpuan diberikan kepada Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir yang bersaing sengit dalam pemilihan tersebut.Namun,bukanlah soal kemesraan antara kedua-dua anak kepada dua bekas Perdana Menteri ini yang mahu diperkatakan tetapi bagaimana semangat ahli-ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik turun ke Sungai Limau.Lebih menarik ada antara mereka yang tewas seperti Menteri Besar Perlis,Azlan Man dan Datuk Azman Shah Omar Shah.
Sama ada kalah atau menang dalam pemilihan lalu ia tidak lagi menjadi perhitungan,apa yang pasti ketika berbual-bual dengan mereka,kesemuanya bertekad untuk turun habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN di kubu kuat Pas tersebut.Masing-masing mempunyai kemampuan dan kebolehan tersendiri serta sudah pasti masing-masing ada kumpulan pengundi yang harus diberikan tumpuan.Ketua Wanita,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri,Mas Ermieyati Samsuddin sudah bersedia untuk ke gelanggang.Tetapi seperti mana kata ketiga-tiga mereka,kempen akan dijalankan secara berhemah dan tertib,tidak boleh redah sahaja memandangkan Sungai Limau adalah kawasan luar bandar.
Sementara itu,Hishammuddin sudah pun memulakan langkah dengan bertemu veteran UMNO di DUN tersebut dan dijangka turun lagi pada saat-saat akhir kempen,seorang lagi Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Shafie Apdal turut mengatur langkah bertemu pengundi kerana kementerian beliau banyak berjasa di Sungai Limau.Kebolehan dalam bidang agama termasuk menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis akan membolehkan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi sandaran untuk mematahkan hujah-hujah Pas yang pastinya akan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis bagi meraih sokongan.Sebenarnya,UMNO mempunyai pasukan pemimpin yang lengkap sama ada dalam soal dunia mahupun akhirat.Tetapi acap kali kelebihan ini tidak diketengahkan dalam kempen-kempen semasa pilihan raya kecil.Oleh itu Sungai Limau adalah lokasi terbaik untuk barisan MT dan sayap-sayap UMNO berpadu tenaga bagi meranapkan kubu Pas di DUN tersebut.Berbanding UMNO,Pas hanya bergantung kepada golongan agama untuk meraih undi tetapi UMNO mempunyai semua golongan malah terdiri daripada pentadbir yang baik dalam membangunkan negara.
Justeru,saya mengharapkan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini akan berterusan sehingga hari pengundian 4 November.Percayalah,dengan kekuatan dan kebolehan yang ada dan atas niat ingin berbakti demi kesejahteraan,insya-Allah,misi menawan DUN Sungai Limau bukan satu misi mustahil.Apa yang penting ialah keazaman dan membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO adalah pasukan politik paling lengkap,berwibawa dan jauh berkemampuan berbanding Pas yang hanya bijak berceramah,menabur janji dan mengukir ilusi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment