Social Icons

Pages

Saturday, October 26, 2013

BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KENAPA ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH JAUHKAN DIRI DIDEDAHKAN !!!


Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak,tetapi bagi orang-orang PAS,waktu berkabung telah tamat.Malah,saya tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.Sebelum arwah meninggal juga,terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit.Apabila beliau tenat,mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.Malah,dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO.Namun,hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam.Malangnya,sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti. 

Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan pendapat dengan kepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan PR.Siapa yang tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga.Beliau juga menolak Syiah dan sebarang bentuk ektremisme.Beliau menentang budaya demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH.Beliau tidak memberi muka kepada DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAP atau Anwar Ibrahim di dalam PAS Kedah.Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibuk berkempen di Sungai Limau.Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.Umum tahu bahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan Sri Azizan,jauh sekali hadir di majlis pengebumian.Begitu juga pemimpin PR dari DAP,tiada siapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untuk mengucap takziah.Sekiranya Tan Sri Azizan masih hidup,beliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah. 

Memandangkan isu ini sedang hangat kini,menghadiri kempen Sungai Limau bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri.Anwar sendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut malah akan dianggap sebagai liabiliti bagi PAS Kedah.Anwar juga bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi Dalam PRK Besut,kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung.Malah,mana-mana kuncunya di dalam PAS juga turut terkena tempiasnya.Jelas,rata-rata akar umbi PAS menolak Anwar dan kumpulan Anwarinas.Namun,sedar atau tidak,kumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PAS menolak mereka.Justeru,sekiranya PAS menang lagi di Sungai Limau,ia akan dianggap sebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan kumpulan Anwarinas ini.Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil maklum akan perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti. 

Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di dalam parti.Bayangkan cabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah bersih dari sebarang agenda kafir harbi mahupun golongan penyokong LGBT.Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas dari cengkamannya.Kini,Allahyarham telah tiada untuk membataskan pengaruh Anwar.Percayalah,dengan meletakkan Azam Samat,iaitu proksi Mahfuz sebagai calon,akan membuka peluang bagi pengaruh Anwar bertapak di sini.Dengan mengambilkira hakikat ini,kini terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau dalam menghayati dan mentafsirkan perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannya di kertas undi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

antisyaitan said...

Tuan Badut,

Tahniah harga minyak dan gula dinaikkan lagi.

Apa khabar lembu-lembu NFC? harap2 semuanya sihat. Harap kurangkan penggunaan minyak dan gula ye!

Anonymous said...

lebih baik kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman.......betul tu aku sokong. Puak pembangkang ni tau2 asyik komlpen aje....tu ada ke dalam bajet PR nak bantu rakyat yg menderita kerana penyakit kencing manis nak kurangkan kos rawatan...tak de lak.

yg naik dok kecoh2 tpi yg baik mcm bonus kpd kakitngn awam dpt dok senyap...jgn2 anon 10:19 ni kakitngn awam yg dpt bonus tpi tak tau bersyukur kot?

Anonymous said...

memang msia ni 'kesian' pd org yg otak dah rusak lg merusakkan..kebetulan lak prk kalini sebagai tanda kerajaan brtndak sangat tulus pasal gula..hehe...kurangkan kemanisan selain wajah!

Anonymous said...

Harga minyak urut yang naik kot?

hangkedee said...

Kafir laknatullah semakin kuat orang ISLAM tak mahu bersatu.

 
 
Blogger Templates