Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari semua pihak.Ketirisan yang masih berlaku amatlah dikesalkan.Benar,ia merupakan kes-kes terpencil yang melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion bukanlah kecil,terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.Walaubagaimanapun,pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam menangani soal kewangan negara.Dari sudut lain,ia juga membuktikan yang kerajaan PR pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak professional.Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR,namun Anwar telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.
Hakikatnya,beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau organisasi.Malah,ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu juga masih belum ditangani oleh PR.Antara ketirisan audit di Selangor sahaja,iaitu negeri yang berada di bawah ‘nasihat’ Anwar ialah :
1. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada ‘cubaan rampas’ oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya Cina.
2. Isu Talam
3. Isu KHSB
4. Kutipan premium tanah yang tidak seimbang
5. Pembinaan kilang secara haram
6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran
7. Memberi bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620 dengna menggunakan lebihan perutukan kerajaan.
8. ‘Program hadiah anak masuk universiti’ yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti.Selain Selangor,Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang mengejutkan antaranya :
1. Anak syarikat kerajaan Kelantan,Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.
2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.
3.Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian
Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah PR.
Hakikatnya,banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.Justeru,bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN ??? Jika 4 negeri sahaja tidak mampu ‘dibersihkan’,bagaimana Anwar boleh berangan ingin membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
mengata dulang paku serpih...mengata org, anuar yg lebih....
a pot calling a kettle black
Pakar Ekonomi bekelulusan kesusateraan MELAYU.biar betul.
Ha3... Itu la pr, pakar kelentong rakyat.
Post a Comment