Social Icons

Pages

Friday, October 11, 2013

EKSKLUSIF !!! BENARKAH HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA PUNCA PEKERJA MAHIR LARI KE SINGAPURA ??? WAJIB BACA !!!


World Economic Forum (WEF) baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia mempunyai ramai pekerja mahir tetapi memilih untuk ‘lari’ ke Singapura.Antara alasannya ialah 

1.  tarikan pendapatan yang lebih tinggi di sana serta 
2.  Hak Keistimewaan Bumiputera telah menghalang mereka untuk berjaya di negara ini.  

Secara dasarnya,pendapatan yang tinggi di Singapura bukanlah alasan yang kuat sehingga menyebabkan pekerja mahir negara ini untuk lari ke sana.Ini kerana kos sara hidup di Singapura juga begitu tinggi berbanding negara ini dan kita tidak perlukan seorang pakar untuk memberitahu kita perkara ini.Bagaimanapun,yang menarik perhatian kita ialah hujah yang kedua iaitu Hak Keistimewaan Bumiputera telah menghalang pekerja mahir ( baca :  kaum Cina) untuk berjaya di Malaysia sehingga memaksa ramai dari mereka ‘lari’ ke Singapura.Benarkah ???  Malangnya,laporan WEF itu tidak pula menjelaskan atau memberikan bukti ataupun teori tentang bagaimana Hak Istimewa Bumiputera telah menutup peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik untuk kaum Cina di Malaysia.


Mengikut Sumber Maklumat Pendatang Asing Singapura 2011 yang dirujuk dari Jabatan Statistik  Negara itu,secara keseluruhannya,jumlah pendatang asing di Singapura telah meningkat dari 18.1% pada tahun 2000 kepada 22.8% pada tahun 2010 dengan majoritinya,386,000 adalah dari Malaysia,manakala 175,200 dari China,Hong Kong dan Macau,123,500 dari Asia Selatan,54,400 dari Indonesia dan 90,100 dari lain-lain negara Asia.Menurut laporan tersebut lagi,peningkatan jumlah pendatang/pekerja asing adalah kerana polisi negara itu yang sememangnya bertujuan untuk menarik ramai tenaga kerja asing.Pada tahun 2010,terdapat lebih 1,088,600 pekerja asing atau 34.7% dari jumlah pekerja negara itu dari berberbagai sektor.Dari jumlah itu pula,dianggarkan 240,000 adalah pekerja mahir yang rata-ratanya dari Malaysia dan China selain India dan beberapa negara maju lain.  

Justeru,benarlah laporan WEF bahawa ramai dari pekerja mahir (kaum Cina) Malaysia telah ‘lari’ ke Singapura dan fakta ini dengan sendirinya menafikan yang kaum Cina terhalang atau kehilangan peluang untuk bekerja atau meningkatkan diri di Malaysia sehingga terpaksa lari ke negara lain.Hakikatnya,‘hak  istimewa bumiputera’ hanya berfungsi mempertahankan apa yang dimiliki oleh bumiputera, bukan merampas hak orang lain.Apa yang berlaku ialah dasar Singapura yang memberi keutamaan kepada pekerja asing terlalu ‘menarik’ untuk ditolak oleh kaum Cina di Malaysia.Dengan faktor logistik dan struktur sosial negara itu yang begitu ‘dekat’ dengan mereka,tidak hairanlah ia menjadi destinasi pilihan bagi para pekerja mahir dan muda,untuk mencari pendapatan lebih dan juga pengalaman luas di sana.Apa yang menarik ialah,Singapura mengutamakan pekerja asing bagi menampung masalah yang sama dengan Malaysia iaitu,pekerja mahir negara itu  gemar ‘lari’ ke negara lain untuk bekerja.Laporan statistik Singapura menunjukkan semakin ramai rakyat Singapura yang berhijrah keluar negara saban tahun atas sebab yang sama,iaitu mencari pendapatan yang lebih dan pengalaman yang luas.    


Pada bulan Jun 2011,dianggarkan 193,300 rakyat Singapura telah berhijrah dan destinasi yang paling diminati ialah Australia (50,000), Britain (40,000), Amerika (20,000) dan China (20,000).Mereka kebanyakannya adalah pekerja-pekerja mahir dalam bidang perbankkan, teknologi maklumat,perubatan,kejuruteraan dan sains dan teknologi.Secara purata,sejumlah 1,200 graduan Singapura memohon untuk menjadi warganegara lain setiap tahun.Pada tahun 2010,sekurang-kurangnya 1,000 warga itu akan memohon ‘sijil pengesahan tiada kesalahan jenayah’ iaitu salah satu syarat untuk berhijrah keluar negara.Malah,dalam satu kajian melibatkan anak muda Singapura, adalah didapati bahawa lebih separuh dari mereka menyatakan akan meninggalkan negara itu jika berpeluang. Dilaporkan juga bahawa trend penghijrahan ini sebenarnya amat membimbangkan kerajaan Singapura dan di sinilah terletaknya kunci perbahasan ini iaitu : Singapura tidak memberikan ‘hak istimewa’ kepada sesiapa tetapi,kaum Cina di  kalangan pekerja mahir di Singapura tetap ingin meninggalkan negara itu sama seperti kaum Cina di negara ini juga.    

Sedangkan,sama ada di Malaysia atau di Singapura,kaum Cinalah yang menguasai ekonomi.Mereka juga cukup terkenal dengan sikap mendiskriminasi kaum lain secara halus dan licik bagi memastikan hanya kaum mereka sahaja yang memegang jawatan tinggi dan gaji yang tinggi. Malah,kaum Cinalah yang menghalang kaum-kaum lain dari kalangan pekerja mahir untuk mendapat jawatan dan gaji yang baik selaras dengan kelayakan dimiliki.Oleh itu,hujah bahawa kemajuan dan peluang mereka terhalang kerana Hak Istimewa Bumiputera adalah sesuatu yang mengarut sama sekali.Bukti diskriminasi  kaum Cina terhadap kaum lain boleh dilayari sendiri di laman- laman web di mana jika dicari ‘Malay discrimination in Singapore’ anda akan berjumpa beberapa ‘testimoni’ dan juga thesis atau kajian dari berbagai pihak mengenainya,termasuk akuan dari kaum Cina Singapura sendiri.Jelas,Hak Istimewa Bumiputera tidak pernah menghalang mana-mana pekerja mahir dari mana-mana kaum untuk maju di negara ini.Alasan utama rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura adalah kerana gabungan faktor pendapatan dan logistik di mana mereka boleh menikmati gaji yang tinggi di sana tetapi di masa yang sama mengelak dari kos sara hidup yang tinggi dengan membeli-belah di sini.   

Selebihnya masalah ini adalah berpunca dari faktor sikap semulajadi yang tidak punya rasa taat setia pada negara.Nampaknya,baik kaum Cina di Malaysia ataupun Singapura sering mengimpikan untuk berhijrah terutama ke negara-negara ‘mat salleh’.Kesimpulannya,WEF telah memperkatakan permasalahan Malaysia mengenai pekerja mahir dari sudut yang sempit iaitu dari kacamata kaum Cina sahaja.WEF seharusnya menjalankan kajian yang lebih menyeluruh sebelum membuat kesimpulan.Kajian itu wajar mengambilkira ‘sikap’ dan juga keseluruhan latarbelakang termasuk senario semasa.  Kajian yang tidak lengkap akan membawa kepada dapatan yang tidak tepat dan akhirnya tidak mampu membantu menyelesaikan masalah.Lebih buruk,ia mungkin akan menambahkan lagi masalah sedia ada iaitu diskriminasi terhadap kaum majoriti dalam aktiviti ekonomi dan juga polarisasi kaum yang semakin meruncing di Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Bukan Bumiputera bekerja di luar negara kerana mereka tak dapat keistimewaan seperti bumiputera.

Maknanya, Bumiputera tak bekerja di luar negara kerana sudah ada keistimewaan.

Tetapi apa kesimpulan yang boleh dibuat dari begitu banyak bumiputera yang bekerja di luar negara?

Apakah kesimpulannya adalah: Bumiputera bekerja di luar negara kerana hendak menolak keistimewaan?

Hj Mohammad Hj Dit said...

saya bekerja disebuah syarikat multinational selama 35 tahun. Saya orang Melayu pertama menjadi pengurus kilang dalam usia termuda di Malaysia. Tetapi untuk maju Melayu mesti berani dan pintar. Tetapi pengalaman mengajar saya untuk membuktikan Melayu tidahlah bodoh seperti Cina sangkakan.

Tapi saya berani membuat rumusan yang Cina takut pada Melayu jika majoritinya Melayu dalam semua perkara. Memang benar Cina tidak akan beri peluang untuk maju ketahap tertinggi. Macam2 mereka buat untuk menjatuhkan Melayu. Jadi Melayu mesti berkurang ajar sama Cina jika mahu berjaya kerana mereka yang memaksa Melayu berbuat bagitu.

Lihatlah PRU13 dan DAP. Siapa yang lebih kurang ajarnya dan kenapa? Pastinya LGE dan LKS serta Cina seluruh Malaysia yang mengundi DAP. SEbabnya mereka takut pada peningkatan kepintaran orang2 Melayu didalm berbagai2 Profession. Melayu akan menguasi Malaysia didalam masa 10 tahun lagi.

Ini akan berlaku jika orang2 politik Melayu tidak korup dan tamak juga penyakit PHD dibuangkan. Saya berharap YB Mukriz berjaya bersama2 YB Hamidi dan YB Shafie Afdal. Barisan ini akan menjadi UMNO lebih garang , tajam taringnya dan berani mati kerana UMNO.
Buang saja ahli2 politik Melayu yang terbukti kotor, penuh dengan dosa, dan akhir segala ibu segala kanser kemajuan negara ialah ahli politik yang korup dengan minda dan kebendaan.
Selamat berjuang Melayu dan UMNO.

 
 
Blogger Templates