Social Icons

Pages

Tuesday, November 12, 2013

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! SIAPA YANG SEBENARNYA MENCATUR PAS ??? WAJIB BACA !!!


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini,bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak,tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya,DAP,sama-sama menyibuk,mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.Ini terbukti apabila Karpal Singh,dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu ‘menyakitkan’ PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati ‘sifat’ negara ini yang majmuk.PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.Bagaimanapun,Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu. 

Benar atau tidak,kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.Antaranya,isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru,tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.Di kalangan akar umbi PAS,mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.Justeru,semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS. Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS,maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.Manakala,dari luar pula,PAS sedang dicatur oleh DAP. 

Contohnya,kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS,mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.Selain itu,kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti. Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’ menempelak Karpal.Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.Malangnya,percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.saya pasti,sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama,isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.Percaya atau tidak,PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman. PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.Persoalannya,mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka ??? Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka ??? Apapun,hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting,maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi,maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Muktamar parti PAS selalunya di adakan secara cincai boncai saja. Kau orang tengok lah nanti persiapannya. Penuh dengan warna hijau putih yang tak ceria langsung. Cara susun atur kerusi mejanya pun tak ada kelas....macam bermesyuarat di balai raya kampung.

Imejnya imej kampung macamana nak tonjolkan Malaysia di arena global. Aku rasa imejnya termasuk pemimpin-pemimpinnya sangat teruk kalau dibandingkan dengan tokoh-tokoh Islam dari negara-negara Arab.

Anonymous said...

Kali ini mungkin lebih ceria,kerana DAPigs sudah banyak menghulur RM untuk belanja muktamar juga utk belanja kempen geng liberal.

Anonymous said...

Muktamar Pas umpama sebuah drama... Pas adalah pelakon sahaja manakala pengarah/sutradara nya pula adalah golongan kafir dan munafik yg berada di sekeliling Pas...

Anonymous said...

Ulama macam haron din dan lain lain tu cuma kosmetik semata mata....kalau ulamak nasihat pun bukan nak ikut langsung........ulamak pas dah jadi ulamak kosmetik....kah ..kah...tok guru oun dah jadi tok guru kosmetik....pada pas bala tuhN dah sampai seperti yang kau orang hina orang lain.....sekarang segala penghinaan balik kat loobang idung ko balik....umno tak perlu kan pas untuk bergabung,....

Anonymous said...

Semua yg bg komen kt atas ni.. Adalah org bodoh..bodoh piang.. Tun M kata... Bodoh mcm lembu nfc rm250juta..Bg komen pn dh mencerminkan betapa bodohnya korang ni semua... Patutla bila tun M ckp melayu haprak.. Melayu mudah lupa ...perwakilan Umno Korang semuanya syiok tepuk tangan.. Tk caya cuba cari kt you tube... Kesian..kesian..kesian... Mmg muka x malu korang ni semua... Org dh kutuk ..maki pun dok.. Ha..ha..ha. .kesian..kesian..kesian.. Hu..hu..hu..

Anonymous said...

Waduh bisa berbisa kau punya komen... Tp aku rs la mmg buduh pun diorg ni semua .. aku pn pnh dgr.. Bc.. Mahathir kata.. Org yg tinggal dlm umno ni org buduh je... Tp kan musykil la.. Bkn mahathir dgn anaknya mukhriz pn umno lg ke... Ha..ha..ha.. Maknanya dia pun buduh jgkkan la kan...kan..kan.. bila nk celik melayu2 ni semua x tau la... Bg gula.. Kain batik.. Brim .. Hbs londeh semua..

Anonymous said...

Katalah apa pun. Tetapi ana masih keliru. Kenapa DAP yang dijemput ke PRK Sungai Limau bawa sepanduk besar gambar limkitsiang dan limguaneng boleh diberi kemenangan? Memang ana tak faham psikologi Melayu di Sungai Limau. Agaknya Melayu di sana dah kena nasik kangkang DAP.

Bukankah kita Melayu ada perumpamaan; Kalau sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Setelah ditemui jalan yang betul, barulah diteruskan di jalan itu. InsyaAllah ia diberkati Allah. Amiin.

Anonymous said...

Tu la buduh nya umno ni bak kata tun M ... DAP plk dikatakan kena mgena dgn ns kangkang... ... Klakar la lu org ni.. Setahu aku la org umno ni je yg suka mengangkang...melongo ... Buat fitnah kt org lain.. Hati tu busuk saja.. Fikiran tu jahat saja..bila nk ubah mentaliti tu x tau la.... Umno dan buduh.. Fitnah... porno .. Songlap..berpisah tiada....

 
 
Blogger Templates