Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton WiraAeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.
Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini,banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam.Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka.Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.Paling menarik,Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.
Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah.Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur,Muadzam Shah.Hasil maklumat awam,serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala,sebungkus tanah Karbala,tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.Di dalam serbuan tersebut,JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.Sebelum menyertai Syiah,lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat,Johor.
Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.Selain Syiah,Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM.Pada 12 Mei lalu,beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat,HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.
Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.Kesimpulannya,sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini,biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Semuanya boleh bertukar menjadi militan. Sama seperti Al Qaeda, Taliban, Syiah, Tuhan Harun atau lain2 kumpulan agama atau parti yang extremis.
Saya harap keluarga Allahyarham Ustaz Raffli akan dibela sepenuhnya. Bahkan saya syak Allahyarham Timbalan pegarah JAKIM S'wak dan 3 pekerjanya dilanggar lori balak (pemandunya lari) juga sebenarnya diRANCANG secara halus; apalagi S'wak makin disasarkam Musuh Islam/Melayu utk diKRISTIANkan (sebab itu juga saya syaki inilah mengapa kpg-kpg PUSAKA Islam/Melayu, termasuk tepi laut, terutamnya di Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri asyik terbakar - utk. dihalau atau diRAMPAS tanah/kpg). Patutnya mulai sekrg., maklumat aktiviti mana-mana pegawai mana-mana jbtan agama Islam kita mesti dirahsiakan dan setiap tugasan dan pejabat mendpt. iringan/kawalan polis, dan KDN serta PDRM mesti bekerjasama dgn. polis negeri (yg. kadg-kadg. dikuasai Bukan Islam yg. disyaki tidak peduli bila mangsa adalah umat Islam/Melayu) bila berlaku jenayah, yg. termasuk rompakan/kebakaran/pembunuhan/kemalangan jlnraya, yg. ganjilnya, MAJORITInya adalah umat Islam/Melayu di sleuruh Malaysia ini.
Puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu PAP-Barat-Israelnya)! disyaki sering MENYAMAQ sebagai orang Islam, termasuk utk. terus MENJAHANAMkan PAS sebagai parti Islam tulen, serta menjatuhkan Islam/umatnya dari dlm, termasuk dgn. menyebarkan fahaman Syiah/Komunis/Kristian Zionis/Liberal, dan menjatuhkan Malaysia (dan negara Islam lain) sbg. NEGARA ISLAM! Sebab itu makin ramai si kononnya-'Islam' yg. ganjil/kurang ajaq dlm. PAS, termasuk yg. membuat lapuran polis ke atas Mufti Kedah kita yg. menghentam fahaman Syiah. Dan tidak mustahil mana-mana pemimipin PAS yg. ingin bersatu dgn. UMNO, akan disasarkan MUSUH ISLAM/MELAYU ini utk. diracuni!
Si KAPIR Musuh Islam akan MENYAMAR sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas Bukan Islam itu, seperti di Palestin, Libya, Yemen, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Pakistan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini.
Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, AL-SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam (lihat http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a-state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013).
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Post a Comment