Social Icons

Pages

Tuesday, November 12, 2013

KANTOI !!! PEMBANGKANG GOYANG DI SABAH !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK LAGI RELEVAN !!!


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedamaian dari PKR,Jeremmy Malajad keluar parti dan menjadi wakil bebas menunjukkan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam partinya sendiri sudah di tolak.Jika dulu Anwar menyanyikan lagu, “Sabah sudah goyang,tanya sama Najib” yang ditujukan kepada Perdana Menteri ketika mana isu pencerobohan Lahad Datu meletus,kini paku buah keras melantun ke mukanya sendiri.Tindakan Jeremmy itu berpunca daripada beberapa faktor dalaman antaranya diskriminasi timbul daripada pemilihan pucuk pimpinan di peringkat negeri.Beliau dikatakan telah mengadu beberapa kepada Anwar dan pimpinan PKR pusat yang lain tetapi seperti biasa,aduan pihak bawahan sentiasa tidak dipedulikan.Ini menyebabkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin seperti Jeremmy yang berjaya menyumbang kerusi DUN kepada PKR tetapi masih dianaktirikan. 

Faktor kedua adalah kesedaran bahawa Sabah sebagai negeri besar yang kaya dengan sumber semulajadi masih memerlukan banyak pembelaan dari pembangunan fizikal dan juga sosioekonomi.Jeremmy menyedari bahawa sebagai ADUN pembangkang tidak mungkin beliau mampu membawa sebarang bentuk pembangunan kepada kawasannya dan juga membela nasib rakyat yang serba kekurangan.Kedamaian merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Kota Belud yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan,Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebagai menteri pusat yang memegang portfolio penting,sudah tentu menjadi lebih mudah bagi beliau membawa program serta rancangan pembangunan yang lebih pesat dan teratur di seluruh kawasan parlimennya.Ini termasuklah kawasan yang diwakili oleh Jeremmy tetapi keadaan akan menjadi sukar sekiranya beliau berada di pihak pembangkang sementara kerusi Parlimen pula di wakili oleh Barisan Nasional.Atas kesedaran inilah dan demi nasib rakyat yang tidak mahu ditinggalkan daripada menikmati taraf kehidupan dan prasarana yang lebih baik,maka Jeremmy memilih jalan keluar dari PKR.Mungkin pembangkang akan memfitnah Jeremmy telah di sogok rasuah untuk mengkhianati partinya tetapi alasan ini tidak logik.BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri Sabah dengan majorti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN. BN tidak terdesak langsung untuk menyogok mana-mana wakil pembangkang untuk mengguatkan kedudukan politiknya kerana ia sudah cukup mantap sekarang. 

Langkah Jeremmy keluar PKR untuk menjadi wakil bebas pro BN adalah keputusan yang bijak.Sebelumnya,ADUN Luyang dari Dap,Hiew King Cheu mengorak langkah meninggalkan partinya menjadi wakil bebas September lalu.Seorang ahli politik perlu bijak untuk membuat keputusan yang baik bukan sahaja bagi karier politiknya tetapi juga bagi penyokong apatah lagi jika telah dipilih sebagai wakil rakyat.Pilihan keluar parti bukannya mudah bagi Jeremmy tapi terpaksa dilakukan demi rakyat kawasan Kedamaian. Beliau melihat tidak ada masa depan sekiranya terus berada di dalam PKR. PKR bukan sebuah parti yang kuat di Sabah kerana hanya mempunyai tujuh wakil sementara Dap empat dan STAR satu.Kini daripada 12 kerusi DUN pembangkang di Sabah sudah menjadi 10 dengan keluarnya Hiew dan Jeremmy.Desas desus besar kemungkinan,rakan sejawatan Jeremmy dari Matunggong,Jailani Hamdan akan juga turut mengikuti jejak langkah rakannya.Hanya masa akan menentukan kerana wakil-wakil rakyat pembangkang Sabah sudah mulai sedar masa depan mereka adalah bersama BN dan pihak kerajaan.Sabah memerlukan perancangan yang besar untuk membangunkan ekonomi negeri dan hanya melalui kerjasama sihat antara semua wakil-wakil rakyat segala program dan dasar dalam berjalan dengan efisien.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates