Seolah-olah sudah menjadi trend bagi portal dan blog pembangkang untuk memainkan isu-isu sensitif bagi mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat.Malah mutakhir ini,mereka dilihat begitu hebat menggunakan isu masyarakat India berbanding isu masyarakat Cina yang ‘agak kurang’ dimainkan.Mungkin kerana sokongan kaum Cina dilihat sudah tekad dan bulat untuk bersama pakatan pembangkang,jadi isu kumpulan etnik terbabit bukan lagi menjadi keutamaan.Berbanding sokongan kaum India yang dilihat mula kembali untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.Malah mengikut analisa yang dijalankan,kepulangan sokongan pengundi India ditambah dengan sokongan kaum Melayu,Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pembangkang gagal merampas Putrajaya walaupun mengunakan pelbagai slogan seperti ‘UBAH’ dan ‘Ini Kalilah’.Apa yang nyata sokongan masyarakat India yang memberikan mesej ‘Lain Kalilah’ mungkin antara sebab mereka dijadikan sasaran agar kembali untuk membenci kerajaan BN.
Contohnya,bermula dengan isu ‘kantin tandas’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana mereka dengan segala cara cuba menghasut kumpulan etnik terbabit dengan memainkan isu tersebut hampir saban hari.Sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan bilik persalinan yang digunakan buat sementara waktu bagi memudahkan para pelajar bukan Islam menikmati jamuan mereka ketika proses pengubahsuaian kantin asal dijalankan.Tambah menghangatkan suasana apabila ada ibu bapa pelajar yang membiarkan hal kantin ini dipergunakan sebagai isu politik.Mereka seolah-olah sengaja membiarkan diri dijadikan alat kepada kumpulan tertentu terutama dari parti cauvinis itu untuk ‘mencucuk’ jarum.Jadilah isu kantin di bilik persalinan sebagai modal kononnya kumpulan minoriti dipinggirkan.Di tangan kumpulan ini,isu yang mudah bertukar rumit yang kemudian cuba dikait-kaitkan dengan soal kaum dan agama.Seterusnya mereka dengan pantas menggunakan isu ‘korban di sekolah’ bagi menarik perhatian kaum India.Kononnya demi melakukan majlis korban sempena sambutan Aidiladha, pihak sekolah telah menyebabkan pelajar beragama hindu terguris dan trauma.
Pelbagai hujah digunakan bagi menyokong dakwaan yang tidak berasas itu.Kerana bagi mereka apa yang penting masyarakat India perlu diajar secara halus untuk kembali membenci kerajaan sekali gus menolak BN dalam PRU-14 nanti.Belum pun isu tersebut reda,mereka sekali lagi mempertikaikan dan mendakwa pihak polis seolah-olah sengaja shoot to kill atau dalam bahasa mudah ‘membunuh gangster India’ di dalam Ops Cantas yang dilakukan.Sedangkan pada hakikatnya ia bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah berat dan tembak yang semakin menunjukkan peningkatan.Untuk menguatkan lagi tohmahan yang dilemparkan itu, ada pemimpin pembangkang yang kononnya sanggup menawarkan diri untuk mengikuti operasi yang dijalankan bagi ‘memeriksa’ kaedah yang digunakan mengikuti SOP yang dibenarkan.Namun sehingga hari ini, orang yang kononnya berani itu masih lagi gagal menandatangani surat pelepas seperti yang ditetapkan.
Terbaru mereka sekali lagi menggunakan sentimen masyarakat India dengan mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional melalui Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sengaja bertindak zalim dengan merobohkan kuil Sri Muneswarar di Jalan P Ramlee.Sedangkan apa yang dilakukan ialah merobohkan struktur bangunan tambahan yang didirikan secara haram.Sedangkan sekiranya kita teliti,sepanjang pemerintahan kerajaan pakatan rakyat di Selangor,mereka telah merobohkan hampir 7 buah kuil.Malah kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang turut dikatakan merobohkan kuil hindu Sri Veera Muiswarar dengan alasan faktor keselamatan kerana berada berhampiran saluran paip kimia.Kenapa semua itu tidak dijadikan sebagai isu ??? Apabila ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,ia dianggap sebagai zalim,kejam,menindas dan sebagainya.Namun sekiranya ia dilakukan oleh kerajaan pakatan,ia adalah sebaliknya.Kesimpulannya,mereka sengaja ingin memainkan politik perkauman, ekstremisme dan cauvinistik selagi sokongan masyarakat India terus kuat menyokong kerajaan BN.Ini kerana mereka sedar,tanpa sokongan masyarakat India usaha mereka untuk merampas kerajaan hanya akan menjadi sia-sia.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment