Social Icons

Pages

Monday, November 11, 2013

EKSKLUSIF !!! APA ITU #GST ??? JOM FAHAMKAN #GST !!! WAJIB BACA !!!


Dari dok layan pembangkang pusing cerita pasal GST.Elok korang baca dan fahami dulu supaya tidak dikelentong hidup-hidup dengan "pakatan kencing pembangkang".

Kenapa GST Diperkenalkan? 
Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). 

ANTARA FAEDAH GST

- Mengurangkan kos perniagaan
Di bawah CJP,peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan.Namun,dengan GST,peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah/barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan.Akhirnya kos perniagaan menjadi rendah.

- Meningkatkan pematuhan 
CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai.GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri,sekaligus meningkatkan pematuhan.Mengurangkan karenah birokrasi Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu agi untui memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah. 

- Memberi kesaksamaan 
Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat,sama ada di peringkat pengilangan,pemborong,peruncitan atau sektor perkhidmatan.Menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP. 

- Menjamin ketelusan 
GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun yang perlu dibayar. 

KADAR & THRESHOLD GST 
Kadar GST: 6% 
Threshold GST: RM500,000 

JENIS BARANG/ PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST.
Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST.

Antaranya : 
Makanan asas seperti beras,tepung,gula,minyak masak 
Pembelian dan penyewaan rumah kediaman 
Jual beli tanah pertanian 
Pendidikan 
Pengangkutan awam 
Perkhidmatan kesihatan

Sumber - Perisik Rimba

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates