Terdapat 1,827 pengundi Cina di DUN Sungai Limau.Daripada jumlah itu,hanya kira-kira 180 atau 10 peratus yang mengundi BN pada PRU yang lalu.Apa yang menarik ialah anggota MCA di situ adalah seramai 965 orang.Fakta ini menunjukkan bahawa walaupun DUN tersebut dilihat bagaikan jauh dari capaian ‘hasutan’ DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai cara mereka sendiri untuk bersatu dalam membuat keputusan.‘Arahan’ yang diterima pada PRU lalu ialah untuk menolak BN,maka hampir kesemua mereka mematuhi arahan tersebut sepertimana setianya mereka kepada Maharaja Cina dahulu kala.Lalu,masyarakat Cina di Sg. Limau telah bersama-sama dengan seluruh kaum mereka di Malaysia untuk memastikan kemenangan DAP dengan cara memberi undi pada PAS dalam pilihanraya yang lalu.Harapan mereka,pastinya agar PR berjaya memerintah dan DAP akan melaksanakan dasar ‘Ketuanan Cina’ sebagaimana Singapura.
Ini kerana mereka cukup maklum bahawa walaupun yang menjadi Perdana Menteri adalah Melayu dari PAS dan PKR,tetapi mereka tetap boleh ditunggang oleh Cina DAP bila-bila masa.Bagaimanapun,sepanjang lima tahun Kedah di bawah PAS,ternyata tidak semudah itu untuk ‘menunggang’ arwah Tan Sri Azizan Razak.Tan Sri Azizan dilihat memegang prinsip yang berbeza dari pemimpin PAS pusat.Beliau dapat membaca agenda tersirat DAP serta tidak memberi ruang kepada parti itu untuk menunjuk-ajar dirinya.Ketegasan arwah yang menolak segala pemberian tauke-tauke besar meresahkan DAP.Cita-cita DAP untuk menguasai negeri Kedah melalui PAS menjadi sukar sekali.Malang lagi bagi masyarakat Cina apabila PAS kalah dan digantikan pula oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dari Barisan Nasional yang turut terkenal dengan prinsip dan integriti yang teguh.Malah,Mukhriz lebih tegas dan praktikal lagi dengan menyatakan secara terus terang bahawa beliau perlu mendahulukan mereka yang menyokong BN,bukannya yang menolak BN.
Sama ada masyarakat Cina di Kedah suka atau tidak,itulah hakikatnya iaitu kerajaan negeri tidak akan membodohkan diri mengambil hati mereka yang membenci.Apa yang pasti pentadbiran dijalankan seperti biasa tanpa menganiaya sesiapa.Ini bermakna,jika masyarakat Cina di Sungai Limau inginkan perhatian yang lebih dari kerajaan negeri,maka mereka perlu terlebih dahulu menyokong BN.Jika tidak,mereka boleh terus meminta bantuan DAP melalui PAS kawasan itu untuk memajukan diri.Tindakan Mukhriz ini bukan sesuatu yang kejam atau tidak adil kerana kerajaan negeri bukannya merampas tanah atau perniagaan mereka sepertimana yang dilakukan oleh DAP kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang.Kerajaan negeri juga tidak pernah menghalang orang-orang Cina berarak memukul gendang jika berlaku kematian di kalangan mereka sepertimana DAP menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Pendek kata,kerajaan negeri Kedah langsung tidak menyentuh masyarakat Cina atau mengganggu kehidupan mereka.
Inilah bezanya,kerajaan yang adil dengan yang zalim,yang Islam dengan yang rasis.Sesungguhnya,yang memajukan negara ini dan memberi peluang kaum Cina berada di mana mereka berada hari ini adalah kerajaan BN.Tanpa kepimpinan dan pentadbiran BN yang bijak,kaum apa pun tidak akan mampu berjaya di Malaysia.Hari ini,kaum Cina menjadi yang paling kaya,tetapi itu hanya boleh berlaku kerana kaum Melayu juga mempunyai daya beli yang cukup untuk mengkayakan peniaga.Justeru,apa salahnya,jika orang-orang Cina terus bekerjasama dengan orang-orang Melayu dan menyokong kerajaan yang membolehkan semua ini berlaku ???
Masyarakat Cina di Sg. Limau tidak seharusnya terpengaruh dengan hasutan kaum Cina dari luar untuk menolak BN.Mereka yang telah lama hidup di kalangan orang-orang Melayu seharusnya sudah mengenali hati budi orang-orang Melayu yang tidak pernah berniat untuk bersaing, jauh sekali menindas sesiapa.Sikap semulajadi orang-orang Melayu itu hanya inginkan keamanan sahaja.
Justeru,kenapa harus dimusuhi kerajaan pimpinan Melayu ???
Apakah orang-orang Cina benar-benar percaya bahawa sekiranya terus menerus menolak BN sehingga akhirnya PR berjaya memerintah,maka PR di bawah teraju DAP akan dapat memastikan keamanan dan kemakmuran yang sama ???
Lihatlah bagaimana DAP membelakangkan Pengerusi DAP Kedah yang dilantik akar umbi secara demokrasi.Lihatlah bagaimana DAP menindas dan menipu ahli-ahli sendiri.Apakah masih ada yang percaya PR mampu memerintah sebaik BN dengan DAP menjadi kepala diktator di belakangnya ???
Hakikatnya,undi masyarakat Cina di Sungai Limau tidak dapat diterjemahkan kepada keputusan PRU yang akan datang.Namun,ia mampu menterjemahkan kematangan sikap mereka dalam menilai politik negara.Sudah sampai masa orang-orang Cina menggunakan akal sendiri dan bukannya patuh kepada arahan ‘bayangan Maharaja’ atas nama ‘bangsa’ dan ‘untung’ semata-mata.Ingatlah,orang tamak selalu rugi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Semenjak PRU13, bangsa mata sepet ni memang tak boleh dipercayai lagi. Mereka ini akan tetap patuh pada DAPpigs babi tu. Kalau aku jadi pemerintah memang nahas bangsa ni aku kerjakan tapi mujorlah aku bukan nya pemerintah. Mereka ni memang pengkhianat semenjak kesultanan Melaka lagi. Sedikit saja dari bangsa mata sepet ni yang boleh dianggap rakyat marhean tanah melaya yg menjunjung perlembagaan Malaysia.
Aku harapkan pemerintah yang ada le ni menjalankan tanggungjawab mengikut peruntukan perlembagaan terhadap bangsa mata sepet ni - Tak lebih dan tak kurang. Kalau bangsa mata sepet ni nak lebih, suroh depa mintak kat godfather DAPpigs depa tu....kharrk ptuiiihhhh.
Mengikut 'tactical move' yang mereka akan gunakan ialah memangkah BN di PRK ini kerana habuan akan datang melimpah-ruah diberikan oleh 'the power that be' mewakili BN.
Tetapi kita hendaklah berjaga-jaga dan berhubaya-hubaya, kerana mereka akan memangkah DAP di PRK14 yang akan datang. Kerana pada masa itu mereka sudah kenyang dan puas hati diberi segala bantuan oleh BN sepanjang 3 tahun lebih ini, menjelang PRK14 itu (dalam erti kata lain, mereka akan kelentong BN lagi). Ini adalah sasaran mereka (their ultimate objective).
Malangnya kita telah dapat menghidu taktik 'pandai' mereka itu.
We've learned our lesson. For over 50 years we befriended you like you're one-of-us until PRU13 when 93% of you voted against the BN with the primary aim of toppling the government (read: Malay-led government).
Wallahualam.
Post a Comment