Social Icons

Pages

Friday, November 01, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENDEDAHAN SURAT 'AMANAT USTAZ AZIZAN' DIDEDAHKAN !!!


Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan,Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas,PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam.Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno,namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini,Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas.Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP,Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam.Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates