Social Icons

Pages

Friday, November 01, 2013

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KALAU PAS KALAH,MEREKA TAKUT MAHFUZ DIPECAT !!! SPIN PULA MERATA !!!


Selain dari calon yang bertanding,rupanya ada lagi orang yang risau sekiranya Pas GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.Melalui maklumat yang diterima semalam,antara yang paling pening kepala sekiranya Pas kalah ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Datuk Mahfuz Omar.Ini kerana,kegagalan Pas mempertahankan kubu kuat mereka akan menjadi satu tamparan hebat buat Mahfuz yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk jawatan Pesuruhjaya.Malah mengikut sumber dalaman,antara yang mahu memastikan parti itu kalah ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas,Negeri Kedah,Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.Ini kerana Phahrolrazi yang sebelum ini bersekongkol dengan Mahfuz untuk menjatuhkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak kecewa apabila dengan tindakan ahli Parlimen Pokok Sena itu yang dikatakan mengkhianati dirinya.Phahrolrazi sebelum ini,dikatakan turut mengidamkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Negeri merasakan tertipu dengan gerakan licik yang dimainkan oleh Mahfuz. 

Atas sebab itu,Phahrolrazi merasakan PRK Sungai Limau adalah merupakan kesempatan terbaik untuk meminta Pas pusat merombak kembali kepimpinan negeri.Di saat jentera Pas sedang berhempas pulas memperhebatkan jentera kempen,kumpulan Phahrolrazi dikatakan sedang sibuk mengerakkan jentera mensabotaj parti dari dalam.Malah atas sebab itu juga,Mahfuz sanggup menggunakan pendekatan untuk menipu pengundi bagi menarik sokongan.Sebagai contoh,pada permulaan kempen jentera Mahfuz telah menggunakan gambar ‘superimposed’ untuk berbohong kononnya calon Pas rapat dan sering mengadakan perjumpaan dengan Ustaz Azizan.Seterusnya dia kantoi menipu lagi apabila cuba menggunakan bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Sri Jamil Khir Baharom kononnya mendoakan agar BN/Umno kalah di Sungai Limau.Namun apabila diperiksa semula,nyata ia hanyalah propaganda kempen untuk menarik simpati pengundi. 

Dan yang terbaru,Mahfuz jelas terdesak apabila cuba menipu dengan menggunakan isu susu tamat tempoh untuk menipu rakyat yang kononnya diberikan oleh jentera BN/Umno di Pusat Daerah Mengundi Sungai Dedap.Namun setelah diteliti,aduan tersebut rupanya dicipta oleh kakitangan Harakahdaily.Dengan pelbagai siri pendedahan pembohongan Mahfuz ini,sudah cukup membuktikan betapa jentera parti itu yang semakin terdesak.Kesimpulannya,Mahfuz akhirnya sedar tindakannya untuk melobi jawatan Pesuruhjaya tanpa mendapat sokongan para pemimpin negeri bakal merosakkan imejnya sekali gus merosakkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Pas.Inilah yang dinamakan,kehidupan ini ibarat roda yang berpusing.Nampaknya semua gerakan jahat yang pernah dilakukannya untuk menyingkirkan Ustaz Azizan suatu ketika dahulu mula memakan diri.Bak kata pepatah bangkai gajah masakan boleh ditutup.Ini kerana lambat atau cepat,semua kejahatan yang pernah dilakukan pasti akan diketahui juga. Pesanan kepada Mahfuz,bersedialah untuk dipecat sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates