Social Icons

Pages

Friday, November 01, 2013

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! BUKTI MEDIA PEMBANGKANG KENCING RAKYAT DIDEDAHKAN !!!


Nampaknya,media pro-pembangkang terus cuba menghangatkan isu Kalimah Allah walaupun ia telah dibawa ke mahkamah.Keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada The Herald telah membuka ruang kepada pembangkang untuk terus mempolitikkan isu tersebut.Mungkin bimbang yang isu ini bakal tenggelam,maka pembangkang menggunakan strategi yang lebih kasar,iaitu melaga-lagakan pemimpin BN sesama sendiri.Untuk itu,laman Free Malaysia Today,Malaysian Insider dan beberapa portal, blog termasuklah laman-laman sosial peribadi pihak pro-pembangkang telah memainkan berita kononnya Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud,telah menempelak Perdana Menteri,Datuk Seri Najib mengenai isu Kalimah Allah.Menurut laporan mereka,Taib Mahmud telah ‘mengajar’ Datuk Seri Najib mengenai politik secara matang di dalam Kongres PBB.Kononnya,Taib Mahmud juga merujuk kepada rakyat di Semenanjung sebagai ‘bodoh’ sambil menunjuk ajar Datuk Seri Najib mengenai hidup bertoleransi.Kata Taib, “Kita di Sarawak,tidak ada isu.Kita hidup di kalangan berbagai bangsa dan agama selama berdekad-dekad,sebelum tertubuhnya Malaysia lagi.” 

Nampaknya,pembangkang cuba membunuh dua ekor burung dengan sebiji batu.Pembangkang yang tidak pernah menyebelahi Taib Mahmud,dilihat cuba mengenakan Datuk Seri Najib dan Taib Mahmud sekali gus melalui laporan yang tidak bertanggungjawab tersebut.Mereka yang ‘bodoh’ yang dimaksudkan oleh Taib Mahmud ialah mereka yang tidak faham akan fakta kes Kalimah Allah di mahkamah.Hakikatnya,kes tersebut adalah bersifat terhad atau terpencil iaitu mengenai pengedaran The Herald di Semenanjung.Kes itu langsung tidak melibatkan Sabah dan Sarawak di mana segala amalan pihak Kristian di kedua negeri ini sejak berdekad-dekad lalu, boleh diteruskan seperti biasa.Malah,semua risalah dan kitab Kristian di kedua negeri itu juga tidak terlibat dalam keputusan tersebut.Justeru,tidak ada sebab bagi mana-mana pihak di Sabah atau Sarawak untuk melompat atau meroyan mengenainya.Taib Mahmud cukup memahami perkara ini sepertimana yang ditekankannya mengenai toleransi yang telah wujud sekian lama.Namun,media pro-pembangkang telah dengan sengaja tidak mengambilkira fakta kes,membesarkan isu,memanipulasi dan mengalih makna kata-kata Taib Mahmud sebagai berbentuk ‘serangan’ atau ‘sindiran’ terhadap Datuk Seri Najib.Tindakan ini membuktikan betapa media pro-pembangkang sangat tidak bertanggungjawab serta tidak professional dalam menjalankan tugas.

Ia juga membuktikan bahawa pembangkang sememangnya berniat jahat dan tidak jemu-jemu mencuba untuk mencetuskan ketegangan dan huru-hara di dalam negara.Atas dasar ini,rakyat Sabah dan Sarawak wajar menolak pembangkang mentah-mentah kerana apa yang dilakukan mereka bukanlah perkara kecil.Dengan bermain dengan isu agama,pembangkang sebenarnya bermain dengan kehidupan dan nyawa kita semua.Jangan kita sekali-kali lupa bahawa pembangkang telah pun membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan demi kuasa, antaranya ialah insiden Lahad Datu.Kita boleh menolak terjadinya ketegangan kaum dan agama di dalam negara hanya dengan mengambil sikap tidak menghiraukan pembangkang.Jangan pedulikan hasutan mereka dan jangan terpengaruh dengan laporan media mereka yang penuh dengan agenda tersirat yang jahat.Seperti kata Taib Mahmud,kita telah hidup dalam harmoni selama berdekad-dekad.Hanya orang-orang bodoh sahaja yang akan terpedaya dan bangkit melakukan kemusnahan seperti yang diinginkan pembangkang dan saya percaya,rakyat Sabah dan Sarawak tidak sebodoh penyokong pembangkang di Semenanjung yang sanggup berdemo,merusuh,mengganas serta berguling di jalanraya semata-mata untuk memusnahkan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Unknown said...

Register http://cashforvisits.com/index.php?refcode=9579

 
 
Blogger Templates