Social Icons

Pages

Friday, November 01, 2013

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KUBUR ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN TERBIAR SEPI !!!


Umum mengetahui pilihanraya kecil Dun Sungai Limau diadakan ekoran kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ekoran derita penyakit kencing manis yang ditanggungnya sejak sekian lama.Malah sepanjang tempoh kempen yang diadakan juga,menyaksikan bagaimana Pas cuba mengeksploitasikan pengaruh Ustaz Azizan bagi memastikan kerusi Sungai Limau kekal di tangan parti itu.Di sekitar kawasan kempen juga,gambar Ustaz Pas dilihat lebih banyak digantung berbanding calon parti itu sekali gus membuktikan Ustaz Azizan begitu berpengaruh.Tambahan pula,rata-rata pengundi juga dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Ustaz Azizan,sehinggakan jentera parti itu terpaksa menipu pengundi dengan membuat gambar superimpose antara calon Pas dengan mantan Menteri Besar itu.Namun disebabkan jarak Sungai Limau tidak begitu jauh dari dengan kawasan jenazah Ustaz Azizan dikebumikan,beberapa petugas Umno telah mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur pemimpin Pas itu.Bukan kerana ingin menyokong parti itu,tetapi kerana merasa hormat dengan pendekatan Ustaz Azizan yang begitu mesra dan tidak berdendam dengan orang dan penyokong lawan.

Apa yang memeranjatkan,ketika menjejaki di kawasan pusara tersebut keadaan yang dilihat amat menyedihkan.Dengan keadaan sekitar pusara yang tidak terurus,kawasan perkuburan juga amat menyedihkan.Tambah memeranjatkan,tiada sebarang pagar yang dipasang bagi mengelakkan haiwan ternakan penduduk seperti lembu dan kerbau dari memasuki kawasan tersebut.Benar,Islam mengharamkan sebarang hiasan atau binaan didirikan di atas pusara, namun menjaga dan mengurus kawasan perkuburan seperti kebersihan,pagar di sekeliling kawasan perkuburan bagi mengelakkan haiwan buas masuk dan sebagainya adalah merupakan tuntutan syarak.Tambah menyedihkan,apabila salah seorang pelajar di Muassasah Darul Ulum mengatakan sejak dikebumikan kawasan tersebut kembali sepi.Selain daripada ahli keluarga terdekat dan penduduk sekitar,tiada orang luar baik di kalangan pengikut Pas sendiri yang datang untuk menziarah pusara Ustaz Azizan. 

Sedangkan semasa hayatnya,beliau merupakan seorang pemimpin hebat dan banyak menaburkan bakti dan jasa kepada parti dan perjuangan Islam.Mungkin inilah resam kehidupan,semasa hidup dan berjawatan mereka disanjung,dipuji dengan pelbagai gelaran dan kata-kata manis,namun apabila sudah meninggal dunia,terbiar dan terus dilupakan.Kesimpulannya,penggunaan gambar-gambar Ustaz Azizan hanyalah untuk meraih undi dan simpati kononnya mereka begitu sayang kepada Allahyarham.Namun secara realiti,Pas Kedah hanya menganggap bekas Menteri Besar sebagai kain buruk yang tidak berguna lagi.Apa pun marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham Ustaz Azizan diampunkan segala dosa,di tempatkan bersama orang-orang yang dikasihi dan mendapat keredaan Allah SWT.Amin...

Al-Fatihah...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates